Ke Arah Perubahan



Gerabak keretapi berasingan untuk lelaki, wanita

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.

Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.

Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.

Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.

Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.

Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.

Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan.

- Bernama (31 Mac 2010)

p/s : semoga usaha ini dapat dipraktikkan. saya sokong. sekurang-kurangnya kurang banyak maksiat dalam komuter. kalau boleh buat dalam LRT lagi bagus.

60 minit - Tanpa lampu dan televisyen


Malam ni (27 Mac) berkemungkinan masyarakat dunia akan bersama-sama menutup lampu , bergelap selama 60 minit. Bagi yang perihatin dengan isu alam sekitar, marilah kita bersama-sama menyokongnya sebagai tanda bahawa bumi ini harus dipelihara. Walaupun hanya 60 minit, saya melihat impaknya sangat besar. Saya melihat kempen ini boleh dikatakan berjaya mengajar masyarakat umum untuk cakna dengan isu alam sekitar.

Cuma, buat umat Islam di Malaysia. Kita buat sedikit penambahan. Pada masa yang sama kita tutup televisyen selama 60 minit. Mungkin idea ini seakan sudah dilaksanakan. Tapi, mungkin untuk yang masih tidak melaksanakannya, kita gunakan 60 minit ini untuk duduk berusrah bersama ahli keluarga. Jangan asyik berusrah dengan sahabat-sahabat di dalam gerakan sahaja. Keluarga juga perlu diberikan keutamaan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan siraturahim malah pada ketika ini ketua keluarga(suami) dapat bersama-sama ahli keluarga untuk berbincang kemungkinan terdapat masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

Surah At-Tahrim ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

p/s : bersama-sama menjaga amanah ALLAH.

Jom Heboh di Kelantan


Kerajaan Negeri Kelantan seolah-olah ketandusan idea untuk menarik minat anak-anak muda untuk kembali kepada nilai-nilai Islam. Kesanggupan bersama-sama TV3 untuk menjayakan Jom Heboh di negeri ini juga memperlihatkan Kerajaan Kelantan tidak konsisten dengan pendirian sebelum ini. Sebelum ini, semua program Jom Heboh yang dilakukan di bawah Kerajaan UMNO, dibantah. Semuanya tidak pernah betul. Tidak ikut Islam. Program maksiat dan mungk

"Penonton lelaki dan wanita akan diasingkan". Inilah yang sentiasa diagung-agungkan. Sememangnya pengasingan itu perlu. Namun, keperluan lain yang perlu diisi kepada generasi muda perlu difikirkan. PAS seakan-akan tewas dan terlayan dengan kata-kata sumbang pihak-pihak tertentu yang sentiasa menyatakan, anak muda di Kelantan dahagakan hiburan.

Persoalannya, apa bezanya kalau Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan program sedemikian rupa, tanpa melibatkan stesen TV3? Kenapa perlu JOM HEBOH? Lupakah dengan kejayaan Konsert Tautan Kasih di Padang Perdana sempena majlis pelancaran Kota Bharu Bandaraya Islam? Program ini menunjukkan Kerajaan Negeri PAS sebenarnya mampu untuk berdiri sendiri.

Mengambil kata-kata Pahrol Mohamad Juoi - Impak kemenangan besar PAS di Kelantan pada pilihan raya 2008 yang lalu seharusnya menjadi penggerak untuk memperhebatkan gerakan dakwah. Dengan kuasa yang telah ada di tangan, sudah sewajarnya program pengisian dan pentarbiahan kepada masyarakat umum boleh digemblengkan semaksimumnya.

p/s : Jom edar risalah.

PM Malaysia Tak Peduli Palestin


Projek 1 billion di Malaysia

Negara mana yang boleh membantu masyarakat Islam Palestin kalau bukan negara yang mengaku Malaysia negara Islam! Negara mana lagi yang boleh membantu melainkan negara tersebut majoriti masyarakatnya adalah beragama Islam! Siapa lagi yang dapat membantu kalau bukan negara-negara yang bernaung di bawah OIC! Siapa lagi yang dapat membantu kalau bukan negara-negara maju! Tiada lain melainkan umat Islam dan negara Islam!

Kenyataan Media Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE)

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Keratan akhbar BERNAMA

p/s : sekecil-kecil usaha. Bersama-sama memBOIKOT barangan Yahudi dan Israel.



Siapa Yang Perlu Di Dahulukan?

Bayaran Makanan Asrama Sekolah Dipinda - 14 Januari 2010

Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini ekoran kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini berkata, berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar. "Kementerian telah merangka beberapa langkah penjimatan dengan mengambil kira bahawa penjimatan ini tidak akan menjejaskan program-program kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar," katanya.

Dr Zulkurnain berkata, bagi memastikan terdapat penjimatan, pengurusan makanan di sekolah perlu lebih cekap di mana pihak sekolah perlu menyediakan peraturan yang lebih kemas untuk memastikan pelajar yang ingin pulang di hujung minggu dimaklumkan lebih awal supaya pesanan bilangan makanan dapat dikurangkan dan penjimatan dapat dilaksanakan.


RM171 juta belanja tahanan warga asing - 24 Mac 2010

Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.

"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.

Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.

Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

p/s : Bukan bersikap prejudis kepada warga asing.

Ulama Pebimbing Ummat



Saya harap berita ini tidak betul. Ya ALLAH, jangan lah ulama saling berbalah dek kerana politik yang semakin kotor di Malaysia ini.


Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

Harussani ejen Umno, bukan mufti: Nik Aziz
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, kini lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya seorang mufti.
Beliau berkata, kemuliaan Harussani sebagai mufti kini sudah hilang, apabila didapati terus terbabit dengan politik dengan berjubahkan seorang mufti.

"Jika mufti (Harussani) sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti juga meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah?

"Dalam kes ini, beliau (Harussani) sudah menjadi ejen Umno dan hilang kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen, apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi akhbar dalam talian pembangkang itu.

Beliau membuat kenyataan itu selepas terkilan apabila Harussani ada menyebut namanya secara terbuka di khalayak, sama ada dalam mesyuarat atau persidangan dewan dan menganggap menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka itu hendaklah dengan kehadiran tuan punya badan.

Kenyataan Nik Aziz itu dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kelantan, semalam.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti bukannya orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang, namun apabila mengaitkan namanya (Nik Aziz) dalam kenyataan politik, sedangkan seseorang itu bukan tokoh politik, ia adalah satu tingkah laku tidak beretika.

"Sekiranya mufti (Harussani) sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, bererti beliau sudah beranggapan tugasnya sebagai mufti kini juga turut meliputi tugas politik, dan sudah tentu menganggap politik dan agama mesti selari, tidak boleh dipisahkan.

"Jika begitu yang ditafsirkan, bererti beliau (Harussani) mengiktirafkan perjuangan Pas adalah benar, jika tidak mengapa dibabitkan diri dengan politik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Punca Zina!




Unggas director Mohd Hafiz Noordin showing the police report Unggas lodged against shopping malls and handphone shops that allow pornographic video clips to be sold to the public by uploading it onto handphones. Next to him is the 17-yr-old student, face is covered to maintain her anonymity, who recounted her experience at the Unggas office in Butterworth.






Handphone dealers offering smut to lure customers

Opalyn Mok

SEBERANG PRAI (March 3, 2010): In the face of tougher competition, many unscrupulous handphone traders have resorted to throwing in free pornographic video clips to boost sales of their handphones.

And what's worse, some traders are selling such video clips to even teenagers and students to earn the extra buck.Expressing concern over the trend, The Secretariat Against Social Ills Penang (Urusetia Menangani Gejala Social Pulau Pinang or Unggas) today called for a crackdown on such unscrupulous traders.

"The selling of pornographic video clips to be downloaded into handphones has reached a worrying level and should be curbed as many youths who have handphones with video capabilities are doing this," said its director Mohd Hafiz Noordin.

He said this trend became widespread as more China-made handphones are imported and sold here at very low prices of between RM400 and RM450.

"As such handphones are already lowly priced, handphone dealers find it hard to further reduce prices to be competitive, so they offer 'special package's which include free pornographic video clips downloaded into the handphone memory cards" he said.

He claimed handphone dealers download such clips including local ones featuring Malaysians, from the internet to sell them to their customers.

"We have lodged a police report on Tuesday against shopping malls and handphone shops that sell and upload such smut into handphones of their customers," he said.

In calling on the authorities to take stern action, he said such readily available pornographic materials only serve to give rise to more social ills like rape, abandoned babies, promiscuity, incest and suicide.

"We urge the government to ban the use of handphones with camera and video capabilities, by those below the age of 18," he said.

Unggas urged the government to monitor and take action against handphone traders who sell such material and also track down the source of such smut and those involved in their propagation. -- theSun (4 Mac 2010)

Laporan Ringkas Situasi Penularan Video Lucah Tempatan di Internet dan Telefon Bimbit

Cukupkah Dengan Selemah-Lemah Iman


Naik meluat apabila melihat remaja-remaja Islam kita semakin ligat dan berani melakukan perkara-perkara tidak bermoral. Bayangkan di dalam LRT pun masih boleh bermanja-manja dan mengada-ngada. Lelaki atau perempuan sama saja. Ingin saja bangun, menegur. Tapi apakan daya, tiada daya untuk membuka mulut untuk memberikan nasihat.

"Ya ALLAH, hambamu ini lemah. Kenapa hanya hati mampu membisik-bisikkan kata-kata. Sedangkan mulut ini tertutup rapat, membisu seribu kata. Adakah kerna dosaku. Jika itu menjadi penyebab, ampunkanlah dosa-dosaku"

Ertinya: Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran maka tegahlah dengan tangan (kekuasaan), kalau ia tidak sanggup (berbuat demikian), maka hendaklah ia mengubah dengan lisannya, dan kalau tidak sanggup (pula), maka hendaklah ia melakukan dengan hatinya (mendo’akan), yang demikian adalah selemah-lemah iman. (H.R. Ahad bin Hanbal, Muslim dan Ashab as-Sunan (para ahli hadis penyusun kitab hadis Sunan).

Jakun

Kelakar dengan media-media di Malaysia. Seakan hilang idea untuk mendapatkan berita-berita. Contohnya, masyarakat orang asal yang kecewa dengan kenyataan bahawa YB BN jakun. Perkataan ‘Jakun’ diperbesar-besarkan isunya, sedangkan masyarakat Jakun tidak pernah memperbesarkan isu ini. Kata seorang pensyarah dan wakil parlimen yang kononnya mewakili masyarakat ‘orang asal ’ di Malaysia, kenyataan tersebut seakan merendah-rendahkan martabat masyarakat Jakun. Saya rasa mungkin mereka tidak mendalami istilah penggunaan perkataan Jakun di Kelantan. Kalau di Kelantan, Jakun membawa maksud orang yang ketinggalan zaman dan tidak tahu apa-apa berhubung sesuatu perkara. Maka, secara mudahnya penggunaan perkataan ‘jakun’ tersebut tidak bermaksud untuk memperkecilkan masyarakat Jakun. Apa masalah sebenar yang hendak di’tekan’kan di sini? Bagi saya, isu ini tak perlulah dibesar-besarkan. Kalau sekadar untuk saling jatuh menjatuh di dalam medan perang politik di Malaysia tak perlulah menggunakan media massa sebagai alat.