![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjK0H-7dJTwX_f9akVmQHDIfWhOuc3_KhhSkmSsFUehAiHqhpb7dfem8FWrI-y7XKKO0QGH3-fQkvaYZlc2fVlWuRieeb37npYpbRpBoWcLMzYq7ywCDPBkI80P2_TArhigA6rXQKC5rF4/s400/Surau+Maktab+Mahmud+Puteri.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoYIWET4QIuYPlStVZ51p_Wk4WsoMAp4jvX9W354vAmm0b7VNbvdMQSWLAgbKoisxcXtlyvVfGhSseFfOZjoXNUpYcehCuEorhyphenhyphennPaWw0gzkeeX_MSij27qGHB9v4wVWGEb6A_Dqhdcb8/s400/gam.jpg)
Tangani segera kanak-kanak hidu gam DALAM usaha pihak berkuasa memerangi penyalahgunaan dadah, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan berkaitan penyalahgunaan daun ketum dan kegiatan menghidu gam semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak.
Baru-baru ini, media melaporkan sebuah taman permainan di Jalan PJS 2C/8 Taman Datuk Harun menjadi sasaran tempat menghidu gam di kalangan kanak-kanak. Apabila seorang wartawan akhbar berkunjung ke sana, beliau mendapati empat remaja iaitu tiga budak perempuan dan seorang budak lelaki sedang khayal selepas menghidu gam. Budak lelaki itu ketika ditanya mengaku mereka mendapat wang daripada ibu bapa untuk membeli gam.
Mereka yang ketagih akan mengalami masalah kesihatan serius seperti kerosakan otak, bahkan juga boleh mendorong mereka terbabit dengan jenayah dan juga gejala sosial yang lain.
Sumber Berita Harian (20 Ogos 2011)
|
Edit
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgvctawphlv82Dupu_czq4DhXkf2YA9vGYsYFkDSSRsSGwVFZ6UJZ9RnlzIit3tAczO_XNJ36TJb1ZQ_TmqfbaNtEYGksYNzGQOHzSyRQ1A7p0Pb6dEzGhTUXuHmvDwDbmY8fVDw0rJ-_w/s400/banjir+kilat+di+usm+3.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGzY_RjzKwTqlxHcB8PHDSQxn5OP1_9hSzltYIhsRA8s3wKsuUKFchllL9UnGUudafV1Y7R1LFyTu2uyQVl_nFpWKJ1sEQudgqggxVrm54LanE6u6qNEG1W6kQhrm_ghYKEjg938Q7n7o/s400/banjir+kilat+di+usm.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh79gZdzZD2GLms7d9M9DNs6KWVo2e90Q4gCiWKW9dGntCqDpIxpyp9nQxPmoeQUNKTqz0b2MFVTo3Br2C3hyphenhyphenry5bO65ln7vwYwtiJYLHvkSb4uQJ0XnTeYnMeIhHXmc8cFcjdCTrnJYNU/s400/banjir+kilat+di+usm+2.jpg)
Banjir kilat jadi kalut di Penang GEORGE TOWN: Hujan lebat yang turun sekitar pukul 11 pagi tadi menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan rendah di sekitar Pulau Pinang hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama. Berdasarkan tinjauan yang dijalankan air naik hingga ke paras lutut di kawasan perumahan, Minden Heights. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pembangunan Taman Brown, K. Santha berkata beberapa buah rumah di Changkat Minden 7 ditenggelami air. “Saya menerima maklumat daripada ahli kami bahawa banjir kilat yang melanda ini disebabkan oleh kebocoran paip yang bawah tanah akibat tekanan air yang kuat di Universiti Sains Malaysia (USM). Bukan itu sahaja, berdasarkan tinjauan beberapa kawasan turut ditenggelami air antaranya sepanjang Jalan Sultan Azlan Shah dan Jalan Masjid Negeri. Kejadian tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas hingga 1 kilometer berlaku di lebuh raya bertingkat dari Bayan Baru ke Gelugor. Ia disebabkan oleh lampu isyarat yang rosak di persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah-Sungai Dua. Kesesakan bertambah buruk apabila terdapat kenderaan rosak diletakkan sepangjang jalan tersebut. mStar |
Pelajar kena cekup maki guru Pelajar itu antara 53 pelajar berusia antara 14 dan 17 tahun yang ditahan dalam operasi ponteng sekolah bermula jam 8 hingga 11 pagi.
Dalam operasi itu, seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun didapati positif dadah selepas menjalani ujian air kencing.
|
Tilam selamat gadis terjun bangunan, orang ramai bantu mangsa cuba bunuh diri
Sebelum itu, jam 3.50 petang pengunjung KB Mall dikejutkan dengan tindakan gadis itu yang memakai baju putih lengan pendek dan berseluar jeans serta memegang pisau berdiri di tepi tingkat bangunan berkenaan.
Gadis itu berlegar di sudut bangunan sambil memegang pisau kemudian kelihatan bercakap melalui telefon selain menghantar SMS dan secara tiba-tiba cuba menggelar tangan serta lehernya.
Sumber : Berita Harian 25 Mac 2011
|