![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoYIWET4QIuYPlStVZ51p_Wk4WsoMAp4jvX9W354vAmm0b7VNbvdMQSWLAgbKoisxcXtlyvVfGhSseFfOZjoXNUpYcehCuEorhyphenhyphennPaWw0gzkeeX_MSij27qGHB9v4wVWGEb6A_Dqhdcb8/s400/gam.jpg)
Tangani segera kanak-kanak hidu gam DALAM usaha pihak berkuasa memerangi penyalahgunaan dadah, saya ingin menarik perhatian pihak kerajaan berkaitan penyalahgunaan daun ketum dan kegiatan menghidu gam semakin berleluasa di kalangan kanak-kanak.
Baru-baru ini, media melaporkan sebuah taman permainan di Jalan PJS 2C/8 Taman Datuk Harun menjadi sasaran tempat menghidu gam di kalangan kanak-kanak. Apabila seorang wartawan akhbar berkunjung ke sana, beliau mendapati empat remaja iaitu tiga budak perempuan dan seorang budak lelaki sedang khayal selepas menghidu gam. Budak lelaki itu ketika ditanya mengaku mereka mendapat wang daripada ibu bapa untuk membeli gam.
Mereka yang ketagih akan mengalami masalah kesihatan serius seperti kerosakan otak, bahkan juga boleh mendorong mereka terbabit dengan jenayah dan juga gejala sosial yang lain.
Sumber Berita Harian (20 Ogos 2011)
|
Edit