Coretan Awal

Assalamualikum..

Setalah sekian lama saya tangguh untuk bertukar kepada blog baru, akhirnya tarikh 26 Mei menjadi pilihan. Sesungguhnya tarikh ini cukup istimewa buat diri ini. Buat isteri tersayang, tanggal ini kamu Allah pilih untuk menjadi insani. SELAMAT ULANG TAHUN KE 26. Pada saat ini jugalah, isteri mengkabarkan berita gembira, yang mana dia disahkan mengandung seorang insan baru membuatkan hati ini sungguh gembira dan hampir air mata ini bergelinang kerana nikmat kurniaan yang sangat besar dari ALLAH buat kita berdua. Abang doakan semoga Allah memudahkan urusan mu dan sihat sepanjang kursus yang terpaksa kamu jalani dalam tempoh sebulan ini. Walaupun, terasa berat untuk membenarkan kamu pergi. Semoga kamu kuat mengharunginya.

Malah, di pejabat tempat saya bekerja juga telah berlaku transaksi tugas. Dua staf akan menamatkan perkhidmatan di pejabat ini. Namun, saya kenal akan mereka berdua. Berhentinya mereka berdua hanya di sini bukan keseluruhan gerakerja dakwah yang telah mereka harungi sekian lama. Semoga, hubungan ukhwah antara kita berkekalan. Bagi saya, tugasan ini harus diterima untuk meneruskan cita-cita membantu masyarakat marhein.

“Retreat PUM PP & API” memperlihatkan berlakunya perubahan besar dalam struktur organisasi Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API). Saya telah melepaskan tanggungjawab sebagai Pengerusi untuk diserahkan kepada sahabat baik, Nurfitri Amir. Namun, tanggungjawab semakin besar untuk memberikan tumpuan untuk mencari sumber kewangan kukuh untuk meneruskan gerakerja dakwah Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUM PP) yang semakin mengembangkan sayap gerakerja dakwahnya. Dengan tidak meninggalkan isu pemikiran islam liberal dan isu syariah (murtad), kini Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH) menjadi fokus penting dalam gerakerja PUM PP dalam menangani masalah sosial di kalangan masyarakat Islam masakini. Semoga usaha kecil ini dapat memberikan pendidikan kepada masyarakat untuk keluar dari kepompong permasalahan yang semakin membarah.

Ini sahaja sebagai permulaan. Insyallah, saya akan muatkan blog ini dengan pelbagai info-info menarik terutamanya berkaitan dengan Islam, dakwah, alam sekitar dan lain-lain yang dirasakan sesuai.

Selasa-26 Mei 09

Category: 0 comments