Jom Pakat Jatuhkan Kuku Besi

NGO yang berpangkalan di Switzerland – Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

Senarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom. Berikut di bawah adalah dokumen yang disiarkan oleh laman Sarawak Report:

BMF juga melancarkan petisyen di lamanwebnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.Sesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.Juga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.Semua negara, termasuk Malaysia – di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Adakah kerajaan sekarang berani untuk membongkar penyelewengan yang dilakukan Ketua Menteri Sarawak ini? Atau mereka hanya memandang sepi? Bagi kami, adalah lebih baik kerajaan lebih bersikap integriti dan menjalankan tanggungjawab bagi menjelaskan perkara ini.


Untuk patition: http://www.stop-timber-corruption.org/


JOM PAKAT JATUHKAN MEREKA YANG ZALIM

Jauhkan Diri Anda dari Syarikat Ini!


Borders bookstores , Kenny Rogers ROASTERS restaurant,

Starbucks Coffee and Papa John’s Pizza In MALAYSIA

Berjaya Sports Toto Berhad ("B-Toto")

Cosmo’s World Theme Park

Ampang Superbowl

Cold Storage Supermarket

Berjaya Times Square Sdn Bhd KL & Penang

Sarawak Turf & Equestrian Club

TheSun newspaper

7-Eleven

Singer

U Mobile Sdn Bhd

Mobile LiveTV

MOL Global

Cosway Corpration

Berjaya Sompo Insurance Berhad

Mazda Motor

Skoda automobiles

Aston Martin in Malaysian and Singapore

Berjaya Land Berhad

Berjaya Megamall

Plaza Berjaya

Kota Raya Complex, Kuala Lumpur

Property in Malaysia

Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Tioman Resort

Berjaya Redang Resort

Berjaya Penang Hotel

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Piccolo Hotel, Kuala Lumpur

Bukit Jalil Golf & Country Resort

Bukit Kiara Equestrian & Country Resort, Kuala Lumpur

Bukit Banang Golf & Country Club, Johor

Staffield Country Resort, Negeri Sembilan

Tioman Island Golf Club, Pahang

Desa WaterPark,Kuala Lumpur

Category: 0 comments

Kasino lonjak pendapatan pelancongan Singapura



SINGAPURA 10 Feb. - Lembangan Pelancongan Singapura menyatakan perbelanjaan pelancong di kota tersebut melonjak tahun lalu dengan pembukaan dua kasino di negara berkenaan.

Lembaga itu dalam kenyataan hari ini berkata, pendapatan sektor pelancongan meningkat 49 peratus kepada AS$14.8 billion atau RM45 bilion dan pada masa yang sama kedatangan pelancong meningkat 20 peratus kepada 11.6 juta orang tahun lalu.

Sumber Agensi; 10/02/2011


MIMPI PEMIMPIN MALAYSIA

Adakah ini yang dimimpikan oleh pemimpin Malaysia? Berita yang melaporkan sektor pelancongan Singapura meningkat 49 peratus kepada AS$14.8 billion atau RM45 bilion.

Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)

PANDANGAN ILMUAN DALAM ISU INI

1) http://saifulislam.com/8798

2) http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/mengapa-industri-nafsu-ingin-diperluas.html


LAIN-LAIN BERITA

Pelancong belanja jumlah rekod $18b
Jumlah pelawat naik 20 peratus kepada 11.6 juta
OlehNorhaiza Hashim

SEKTOR pelancongan di Singapura menempa sejarah tahun lalu apabila jumlah perbelanjaan para pelawat asing di negara ini mencapai paras tertinggi sebanyak $18.8 bilion, menurut perangkaan awal Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Jumlah itu naik sebanyak 49 peratus berbanding $12.6 bilion pada 2009.

Ia mengatasi ramalan awal STB iaitu antara $17.5 bilion hingga $18.5 bilion sekali gus mencerminkan pertumbuhan bilangan pelawat yang meningkat hasil sentimen ekonomi lebih baik dan tarikan dua resort bersepadu (IR) negara.

Jumlah tertinggi sebelum ini ialah $15.5 bilion pada 2008.

Bilangan pelawat asing pula meningkat 20 peratus kepada 11.6 juta tahun lalu berbanding 2009, sejajar dengan matlamat STB menarik antara 11.5 hinggga 12.5 juta pelancong tahun lalu.

Dengan pencapaian itu, STB yakin dapat mencapai matlamatnya untuk jumlah perbelanjaan pelancong sebanyak $30 bilion dan bilangan pelawat seramai 17 bilion menjelang 2015.

'2010 merupakan tahun yang amat cemerlang bagi sektor pelancongan dengan peningkatan dilihat dalam semua kategori pelancongan. Walaupun pertumbuhan masih dapat dicapai tahun ini, kami tidak menjangkakan kadar yang sama seperti tahun lalu,' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB, Cik Aw Kah Peng, dalam taklimat akhbar di Hotel Fort Canning semalam.

Dari segi perbelanjaan, jumlah wang yang dibelanjakan pelawat asing bagi daya tarikan dan hiburan di Singapura menjulang 1,834 peratus dengan pembukaan Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands.

Perbelanjaan bagi membeli-belah, kos penginapan dan makanan dan minuman (F&B) naik sebanyak dua angka.

Dengan lebih banyak pilihan daya tarikan di Singapura, para pelawat juga menetap lebih lama dengan bilangan hari naik 17 peratus kepada 45.6 juta hari tahun lalu berbanding 2009.

Singapura telah menganjurkan lebih banyak acara antarabangsa yang baru tahun lalu seperti Asia Fashion Exchange dan World Gourmet Summit.

Jumlah pelawat dari Indonesia mencatatkan peningkatan terbesar - 32 peratus - mencapai 2.3 juta, diikuti dengan pelawat dari China, Malaysia dan Australia.

Pelawat dari Asia dan Australia menyumbang 81 peratus daripada keseluruhan pelawat asing ke negara ini tahun lalu, berbanding 79 peratus pada 2009.

Daripada 15 negara yang menyumbang pelawat asing teramai, hanya tiga adalah dari luar Asia dan Australia iaitu Britain, Amerika Syarikat dan Jerman.

Dengan pelawat asing lebih ramai, harga sewa bilik hotel naik 12.2 peratus untuk mencecah purata $212.

Ditanya apakah yang akan mendorong pertumbuhan bagi bilangan pelawat asing tahun ini, Cik Aw berkata: 'IR belum dibuka sepenuhnya dan banyak lagi tarikan yang akan diperkenalkan tahun ini dan tahun depan. Gardens by the Bay juga akan dibuka.'

Walaupun permintaan bagi sektor pelancongan positif, beliau menggalak industri itu untuk terus meningkatkan mutu khidmat dan produktiviti.