PTPTN : Seperti yg dijangka


Klik untuk lihat (malu nak besarkan)


Nak buat camna, dah tak ada rezeki. Walaupun, dari awal memang tak mahu pohon. Tapi, apa salah mencubakan? Bayarlah ajelah, hutang yang makin menaik setiap bulan (jika ter'miss' satu bulan).

Untuk bakal menjadi ibu dan ayah atau sudah dikurniakan cahaya mata. Buatlah simpanan atau takaful untuk anak anda. Jangan bergantung harap dengan PTPTN.


Category: 0 comments

CAP, SAM gesa batal lepas nyamuk genetik


CAP, SAM gesa batal lepas nyamuk genetik

PULAU PINANG 17 Jan. - Lembaga Biokeselamatan Kebangsaan (LBK) diminta membatalkan kelulusan membenarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melepaskan berjuta-juta nyamuk aedes spesies diubahsuai genetik (GE) ke tempat awam.

Gesaan itu dibuat oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) kerana kesan nyamuk itu terhadap kesihatan dan keselamatan manusia masih belum diketahui.

Nyamuk genetik yang dibangunkan IMR dan syarikat biotek British, Oxitex Ltd. yang berpengkalan di United Kingdom sejak September tahun lalu bagi mengawal wabak denggi dijangka dilepaskan untuk kajian selama sebulan di Bentong, Pahang dan Alor Gajah, Melaka pada Disember lalu namun ia ditangguhkan akibat cuaca buruk.

Presiden CAP dan SAM, S.M. Mohamed Idris berkata, kebimbangan berkenaan timbul kerana sebelum ini beberapa persoalan khusus berkaitan keselamatan kepada kesihatan manusia tidak dijawab oleh pihak bertanggungjawab.

Katanya, walaupun uji kaji serupa pernah dibuat sebelum ini di Kepulauan Cayman iaitu sebuah wilayah British di luar negara pada 2009, sehingga sekarang tiada sebarang laporan dibuat mengenai kejayaan uji kaji itu dan ia sendiri telah menimbulkan kontroversi.

"Bagaimana jika uji kaji ini tidak berjalan seperti yang dirancang dan sesuatu yang tidak kena berlaku terhadap keselamatan dan kesihatan manusia.

"Ia berpotensi menjejaskan seluruh dunia," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Sumber : Utusan Malaysia-18 januari 2011