Tuduhan Jeff Ooi Tak Berasas


Ooi brushes off pressure to quit as chief of staff


GEORGE TOWN: Jelutong MP Jeff Ooi has brushed off attacks from Forum Penyelarasan Umat (Forum) to compell him to resign as Chief Minister Lim Guan Eng’s chief of staff.


The DAP leader claimed that Forum was not a registered entity and it was backed by Umno which was looking to cause trouble within Pakatan Rakyat.


“Forum is not a registered entity. Thus, I cannot legally sue them for defamation. As such, they don’t deserve any comment from me,” he said when contacted yesterday.


Ooi said Jemaah Islah Malaysia (JIM), of which he purportedly made a statement in August linking the body to religious extremists, had aborted meetings with him twice.Efforts were on-going to arrange another meeting.


“JIM aborted the meeting with me twice – (once) arranged by (Komtar assemblyman and Lim’s political secretary) Ng Wei Aik and (another) by a PAS intermediary,” he said.


It was reported yesterday that Forum had launched a campaign to collect at least 100,000 signatures to pressure Ooi to step down as chief of staff for allegedly labelling JIM an extremist group.


Jeff Ooi sekali lagi membuat kenyataan yang SALAH terhadap Gabungan-Gabungan NGO Islam Pulau Pinang. FORUM bukan NGO politik sepertimana yang dinyatakan. FORUM bergabung atas dasar untuk mempertahankan syariah Islam yang suci dari zaman Nabi Adam sehingga kekasih Allah, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Pada saya, hari ini Malaysia yang penuh dengan korup ini, tak perlu bergantung harap dengan parti-parti politik yang ada. Semua mencari kepentingan dan perjuangan yang tak ada membawa manusia kepada persoalan kenapa diwujudnya manusia di atas muka bumi ini. Hendak mencari wakil kepada umat yang betul-betul IKHLAS hampir-hampir TIADA :-(


Sumber : The Star Friday September 11, 2009

FORUM Lancar Kempen Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Mohon Maaf & Letak Jawatan


KENYATAAN RASMI FORUM 9 September 2009

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].


FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).


Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.


FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.


Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.


FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.


Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.


FORUM selepas insiden di halau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.


Mohd Hafiz Nordin & Md Roslan Hashim

Jurucakap FORUM

NGO-NGO yang menyokong kenyataan mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan YB Jeff Ooi (14 Ogos 2009):

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah
  3. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
  4. Badan Anti IFC (BADAI)
  5. Badan Kebajikan Nun (BAKUN)
  6. Badan Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (BAKIP)
  7. Haluan Malaysia Cawangan Pulau Pinang (HALUAN)
  8. Ikatan Muslimin Islam (ISMA Pulau Pinang)
  9. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysia (ISRA’)
  10. Institut Al Qayyim (IQ)
  11. Islamic Progation Society International (IPSI)
  12. Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)
  13. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)
  14. Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIM)
  15. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
  16. Kelab Remaja JIM
  17. Muhammadiyah Internasional
  18. Majlis Muafakat Warga Desa (Rural Citizen)
  19. Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH)
  20. Jaringan Pemuda Dakwah Islamiah (JUNDIYY)
  21. Sekretariat Dakwah Non-Muslim Pulau Pinang (SDPP)
  22. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)
  23. Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SYURA)
  24. Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
  25. Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJIM)
  26. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)
  27. Ummah Aid
  28. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  29. Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)
  30. Wanita JIM
  31. Warga Kilang.Com
  32. Young Muslim Sport Club (YMSC)


Petition online : http://www.petitiononline.com/FORUM/petition.html

Untuk pengetahuan semua penyokong Jeff Ooi juga talah melancarkan kempen Menyokong Jeff Ooi melalui petition online dan sedang aktif mendapatkan tandatangan.

Kepimpinan Contoh - Umar Al Khattab


video

video

video

Ini Bukan Akhlak Seorang Muslim


KABUL: Lal Mohammad, 40 (gambar), adalah seorang petani di Afghanistan dan antara berjuta-juta penduduk tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak mengundi dalam pilihan raya presiden terbaru, 20 Ogos lalu dan mengugut mencederakan pengundi serta melancarkan beberapa serangan roket dan bom pada hari undian.

Lal kini menyesali tindakannya tidak mengendahkan amaran Taliban. Anggota pergerakan itu menyerbunya ketika dia berjalan ke pusat mengundi serta memotong sebahagian hidung dan telinganya.

Bercakap dengan suara tersekat-sekat ketika ditemui di ibu negara, Lal berkata, sekumpulan militan menahannya dan memeriksanya sebelum memukulnya dengan raifal AK-47 selepas menemui kad pengundi. Selepas itu, mereka mengeluarkan pisau.

“Seorang daripada mereka meletak pisaunya di hidung. Saya memintanya berhenti tetapi sia-sia saja. Saya kesal ambil kad itu untuk mengundi,” kata Lal. Insiden membabitkan militan Taliban memotong jari penduduk yang ada dakwa tanda mengundi diakui berlaku.

Dakwat itu bertujuan menyekat pengundi mengundi beberapa kali tetapi turut membantu penyerang mengenal pasti orang yang mengundi. Seorang jurucakap Taliban menafikan arahan diberi supaya bertindak demikian terhadap pengundi.

Lal menceritakan bagaimana dia pengsan sambil berlumuran darah selama beberapa jam dan hanya sedar selepas seorang lelaki dari kampung menemuinya. - Agensi



p/s : walaupun agak sangsi dengan berita dari sumber-sumber barat, namun sebagai tidak bersetujunya saya dengan tindakan ini, saya masukkan jua. Bagi saya ini bukan Akhlak Muslim. Muslim bukan seorang yang ganas, sehingga mencederakan.

Usah pertikai keputusan mahkamah tinggi syariah

Penerangan ringkas Ustaz Hasrizal Isu Arak dan Sebat

KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia mempersoalkan kenyataan pihak tertentu yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Sukarno, 32, kerana meminum arak sedangkan keputusan sama pernah dibuat sebelum ini.

Presidennya, Mohamad Isa Abd Ralip, berkata hukuman seperti itu pernah dijatuhkan Hakim Syarie sama, Datuk Abdul Rahman Yunus, tetapi membabitkan pesalah lelaki, namun ia tidak dipertikaikan.

"Kenapa perlu mahu campur tangan dengan keputusan itu sedangkan hukuman berkenaan pernah dikenakan terhadap tiga pesalah lelaki lain sebelum ini.

"Jangan samakan undang-undang Syariah dengan undang-undang Sivil kerana falsafah jenayah Islam tidak membezakan hukuman kepada pesalah lelaki dan pesalah wanita. Undang-undang sivil lebih kepada falsafah Barat yang melihat logik akal berbanding Hukum Syarak berlandaskan perintah Tuhan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, beberapa pihak termasuk Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Ismail Yahya menyifatkan penahanan untuk pelaksanaan hukuman sebatan terhadap Kartika sebagai keputusan melampaui kuasa hakim dan wanita itu boleh menyaman atas alasan tindakan penahanan dan sebatan itu tidak sah.

Bagaimanapun, Kartika tetap dengan keputusannya mahu menjalani hukuman sebatan seperti diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Mohamad Isa meminta semua pihak supaya menerima keputusan itu terutama apabila model sambilan itu sendiri tetap mahu menjalani hukuman berkenaan.

Beliau berkata, sepatutnya semua pihak perlu menghormati keputusan mahkamah dan sekiranya ada kekeliruan keputusan itu perlu diselesaikan mengikut saluran undang-undang.

Mohamad Isa juga memuji tindakan Kartika yang menunjukkan beliau reda dan insaf terhadap kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, hakim yang menjatuhkan hukuman itu menjalankan kuasanya mengikut peruntukan undang-undang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah).


Sumber : Berita Harian-25 Ogos 09



Dah Satu Kapal


Artikel 1

Shahrizat nasihat Kartika kemuka rayuan (Sinar Harian-24 Ogos 09)

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihatkan peragawati sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno yang dijatuhi hukuman sebat kerana kesalahan meminum arak, supaya memohon semakan atau mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.


“Saya menasihati Kartika untuk memohon semakan (revision) ataupun merayu (appeal) hukuman ini bukan sahaja untuk kepentingan beliau dan keadilan dilaksanakan, tetapi keputusan ini akan mewujudkan satu precedent yang tidak sihat dan memberi gambaran bahawa negara Malaysia mengamalkan satu sistem Syariah yang amat menggerunkan terutama untuk kaum wanita.

“Walhal sistem perundangan Syariah di Malaysia jika dilaksanakan mengikut semangat syiar Islam adalah amat adil dan saksama tanpa mengira gender,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.


Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu atas kesalahan meminum arak di sebuah hotel di Cherating tahun lepas.


Dia akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor esok untuk ditahan selama seminggu sebelum menjalani hukuman sebat di situ.


Shahrizat berkata, beliau merujuk kes tersebut bukan kerana pesalah adalah seorang wanita tetapi sama ada hukuman maksimum yang telah dikenakan adil dan mengikut semua peraturan perundangan Syariah. :


“Tiada sesiapa yang mempertikaikan bahawa adalah suatu kesalahan menurut Syariah untuk meminum arak.

“Namun, pandangan umum adalah hukuman maksimum iaitu denda RM5,000 dan sebat sebanyak enam kali tidak dapat mencapai matlamat untuk mendidik pesalah,” katanya.


Beliau berkata selain itu, pelbagai isu dan soalan prosedur perundangan telah dibangkitkan berhubung pelaksanaan hukuman kes itu, terutama tentang isu sebat ke atas pesalah. - Bernama


Artikel 2

Islam junjung tinggi keadilan (Malaysiakini-25 Ogos 09)

Mahathir Mohamad

Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum bir.


Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama.


Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia.


Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah.


Jika kerajaan tidak memperkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?


Apakah ada larangan dalam Islam untuk memperkanunkan undang-undang syariah?


Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini.


Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya.


Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan: "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil".


Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?


Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keislaman.


Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada.


Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu.



Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.


Artikel pendek ini diterbitkan semula, sepenuhnya, daripada blog peribadi beliau Che Det.


Artikel 3

Imej Agama Apa Yang Kita Mahu?(Malaysiakini-25 Ogos 09)

Norhayati Kaprawi

Sebagai seorang Islam, saya tertanya-tanya wajah Islam bagaimanakah yang Malaysia mahukan? Negara Islam, Islam madani, Islam hadhari atau Islam 'hududi'?

Apapun jenamanya, tentu yang kita mahukan adalah Islam yang adil, rahmah, berihsan, penyayang, mesra kepada orang perempuan, prihatin terhadap orang yang kurang bernasib baik dan Islam yang sentiasa bersangka baik pada manusia.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Akan tetapi, cara mahkamah syariah di Malaysia menangani kes Kartika Sari Dewi Shukarno tidak mencerminkan Islam yang kita impikan itu.

Tambah malang lagi apabila ada orang Islam dan pemimpin-pemimpin yang mengaku memperjuangkan Islam bersorak gembira dengan hukuman keras yang dijatuhkan terhadap model sambilan itu.

Selama ini, ulama dan pemimpin Islam begitu petah dan rancak sekali bila berbicara tentang keadilan dalam Islam.

Namun, apabila timbul masalah sebenar dalam masyarakat, nampaknya ramai yang kelam-kabut dan teraba-raba mencari sinar keadilan itu.

Kelihatan sukar sekali mereka menterjemahkan konsep adil itu dalam menangani realiti kehidupan masyarakat.

Sesungguhnya, ini adalah kesalahan pertama Kartika dan beliau telah pun mengaku bersalah. Maka, mengapa dia dikenakan hukuman maksimum?

Adakah lebih berat sesuatu hukuman itu, maka semakin Islamlah ia?

Bandingkan kesalahan Kartika yang tidak memudaratkan sesiapa pun dengan kesalahan mat-mat rempit dan peragut-peragut yang menjejaskan keselamatan orang ramai dan telah menyebabkan kematian.

Dan juga dosa Kartika dengan dosa bapa-bapa tidak bertanggungjawab yang tidak membayar nafkah sara hidup anak-anaknya.

Selepas hukuman dijatuhkan, Kartika terus membayar denda RM5,000 yang dikenakan tanpa banyak soal.

Justeru, adakah adil, berhikmah dan berihsan apaabila mahkamah kemudiannya menambah lagi hukuman penjara tujuh hari di penjara Kajang?

Adakah orang-orang yang selama ini mengaku memperjuangkan agama Allah dan menegakkan negara Islam mahukan Islam yang sadis, keras dan tidak berihsan?

Lupakah mereka tentang Umar yang berihsan sekali dan tidak menghukum seseorang yang mencuri akibat kemiskinan.

Lupakah mereka tentang pesanan Allah: "Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan itu, dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Maaidah: 39)

Malah, banyak lagi ayat Al-Qur'an yang memberikan peringatan yang sama seperti An-Nahl: 119, Al An'aam: 54, dan An Nahl: 125.

Patutkah Jabatan Agama Negeri Pahang yang telah memasukkan Kartika ke dalam van untuk dibawa ke penjara Kajang, menukar fikiran dengan tiba-tiba dan memulangkannya semula ke rumahnya?

Kemudian, ahli majlis mesyuarat kerajaan Pahang Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa Kartika akan disebat selepas bulan Ramadan pula.

Apakah layak Kartika dilayan seperti haiwan sarkas yang dimasukkan ke dalam sangkar, dilepaskan dan ditangkap semula sesuka hati?

Umat Islam harus jujur bertanya pada sanubari diri di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh rahmah ini – adil dan setimpalkah hukuman serta layanan tidak berperikemanusiaan ini ke atas Kartika?


Norhayati Kaprawi, aktivis wanita Muslim, pernah bertugas pengurus program Sisters in Islam (SIS) selama empat tahun. Penulis juga aktif bersama Inisiatif Pencalonan Wanita (WCI)


Artikel 4

Tangguh sebat cetus debat(Berita Harian-26 Ogos 09)

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula memuji tindakan Ketua Hakim Syarie Pahang, Datuk Abdul Rahman Yunus mengarahkan hukuman itu ditangguhkan.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri Majlis Sambutan Hari Wanita 2009, beliau berkata, penangguhan hukuman itu bersesuaian bagi menghormati bulan Ramadan, di samping mengelak persepsi negatif dunia terhadap negara ini.

"Kami di kementerian sentiasa mengikuti perkembangan kes ini dan tidak mempersoalkan hukuman yang dijatuhkan itu.

"Apa yang kita risau, corak hukuman itu boleh memberikan impak buruk kepada negara ini seperti Malaysia dianggap mengamalkan sistem yang zalim," katanya.

Shahrizat berkata, Kartika juga masih mempunyai ruang untuk meminta semakan semula hukuman yang dijatuhkan itu, namun kementerian dan kerajaan tidak mempunyai hak untuk memaksanya berbuat demikian.

"Saya tidak melihat perkara ini sebagai satu isu asalkan pelaksanaannya tidak menunjukkan ia dibuat atas faktor Kartika ini seorang wanita. Bagi saya, ini bukannya cara terbaik untuk mendidik apatah lagi hukuman ini keputusan yang tepat atau tidak.

"Kita perlu melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Dasar wanita yang baru juga akan mengambil kira semua ini agar tidak ada pihak yang teraniaya atau menjadi mangsa hanya kerana mereka ini seorang wanita," katanya.

p/s : Inilah masalahnya bila semua nak tunjuk pandai. Bercakap atas dasar gender yang keterlaluan dan keadilan yang tidak berpaksikan Islam. Tujuannya mencapai misi dan visi yang memusnahkan Islam. Akhbar pun satu, sengaja membesar-besarkan cerita.

Adakah Pangkat Yang Dikejar?


Salleh dilantik YDP Maipp jika menang

Oleh Mohd Sabri Said dan Dzulfikar Mashoor
Mon | Aug 24, 09 | HARAKAH


BUKIT MERTAJAM, 24 Ogos: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan perlantikan Mohd Salleh Man sebagai Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) malam tadi sekiranya menang.


Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat kenyataan demikian sejurus mendapat persetujuan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sendiri.


Salleh akan ke jawatan penting itu, sejurus penyandangnya sekarang, Adun Permatang Berangan Shabudin Yahya tamat kontrak kelak.


Kata Anwar, "kami akan cadangkan nama Mohd Salleh selaku presiden MAIPP kepada Yang di-Pertuan Agong selepas penggal Shabudin berakhir."

Salleh ditentang calon kontroversi Umno Rohaizat Othman. Pengumuman itu secara tidak langsung menjawab dakwaan Umno sebelum ini, bahawa PAS terpinggir dari Pakatan Rakyat negeri.

Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengesahkan akan mengemukakan nama calon PAS itu sebagai Yang Dipertua Maipp jika beliau memenangi pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir pada 25 Ogos ini.

"Kemenangan Ustaz Saleh akan memberi makna pada PAS bilamana saya akan mengemukakan namanya kepada Gabenor dan seterusnya kepada Yang Dipertuan Agung untuk mengantikan Adun Permatang Berangan, Shabudin Yahya yang akan tamat tempuh perkhidmatan pada Oktober ini," jelasnya.

Ustaz Saleh memang berkelayakan untuk menjawat jawatan tersebut memandangkan beliau mempunyai kelulusan syariah.

Tambahan lagi, hubungannya dengan Kerajaan Pakatan Rakyat juga rapat dan pernah mengikuti beberapa delegasi ke luar negara mencari pelaburan baru untuk dana Pulau Pinang.

"Ustaz Saleh memang layak untuk jawatan itu semua rakyat akan tunggu dan lihat perkembanganya nanti. Oleh itu, apa yang penting pastikan kemenanganya dulu dengan majoriti yang lebih besar," tegasnya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Lim berjanji akan membantu Ustaz Saleh bersama empat lagi Adun Pakatan Rakyat bagi meninggikan syiar Islam di negeri ini selari dengan slogan kerajaan yang mengamalkan konsep Amal Makruf Nahi Mungkar dan pemerintahan Umar Abdul Aziz.

"Bukan sahaja pendekatan Umar Abdul Aziz malahan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (C.A.T) terus menjadi amalan kerajaan. Cara ini boleh mengubah pandangan awam agar memberi sokongan padu pada kerajaan sekarang berbanding BN dulunya," terang beliau lagi.

Turut hadir dalam program penerangan sempena kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir ialah Speaker Dun Pulau Pinang, Dato' Abdul Halim Husein, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu dan Anuar Tahir serta Adun Sungai Puyu, Phee Boon Poh.

p/s : Lebih kurang dengan apa kiriman (posting) sebelum ini. Ganjaran duniawi jugak di tawarkan. Mengapa semua perkara perlu diberikan ganjaran. Adakah ia sesuatu yang WAJIB dalam politik Malaysia pada hari ini?

Saya Benci Politik Camni


'Anak emas' jika BN menang (Utusan Malaysia-23 Ogos 09)


BUKIT MERTAJAM 22 Ogos - Penduduk di Permatang Pasir boleh menggunakan gelaran 'anak emas' untuk memudahkan urusan dengan Kerajaan Pusat sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil di kawasan itu.


Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, dengan gelaran itu juga penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) boleh mendapatkan keutamaan dalam pelbagai urusan dengan kerajaan.


''Sebagai contoh, jika ada masalah dengan mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kita akan pastikan ia diselesaikan dengan segera kerana mereka anak emas kita.


''Selain itu, pinjaman penjaja kecil TEKUN atau Mara yang dah lama tertunggak, kita akan selesaikan segera atau pun ada antara anak-anak mereka hendak masuk universiti tetapi ada kekurangan sedikit, kami akan cuba bantu dan utamakan mereka.


''Mereka akan sentiasa menjadi lima pilihan teratas untuk kita membantu menyelesaikan masalah mereka, inilah kelebihan jadi anak emas kepada BN," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Bilik Gerakan cawangan Permatang Pasir.


Beliau bersama-sama calon BN, Rohaizat Othman mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah di kawasan itu dan bersemuka dengan penduduk di situ.


Ahmad berkata, aktiviti paling sesuai pada bulan Ramadan adalah dengan mengunjungi rumah pengundi di kawasan berkenaan.


Tambahnya, bagi menghormati bulan puasa, UMNO dan BN akan terus mengadakan ceramah dan berkempen secara berhemah sekali gus tidak menyentuh perkara yang tidak sepatutnya.


''Pada saya dalam bulan Ramadan ini kita hentikanlah ceramah bantai membantai malah kita juga sudah maklumkan kepada penceramah yang terlibat supaya tidak menyelar atau memfitnah mana-mana pihak atau personaliti.

''Kita dari dulu memang tak buat fitnah ini, kita akan terus bercerita tentang apa kita akan buat dengan konsep Permatang Pasir akan jadi anak emas Kerajaan Persekutuan, itu tema ceramah BN yang akan diadakan selepas solat tarawih.


''Bayangkanlah selepas 4,051 hari Pas memerintah tapi tiada apa pun yang telah dibuat," ujarnya.


p/s : saya benci orang politik atau pemimpin yang begini kerana berjanji kepada rakyat seperti rakyat di Malaysia ini kempunan sangat dengan janji-janji tersebut dan meterial duniawi ini. Bercakap seperti dia lah yang berkuasa di bumi Allah ini. Inilah unsur-unsur RIAK.


Ini pun antara unsur-unsur yang dipanggil "kebal besar ". Jika mahukan sesuatu perlu besertakan dengan nama-nama orang-orang yang berpengaruh atau berpangkat. Akhirnya yang selayaknya dapat, tak dapat dan sebaliknya.


Dia turut mengamalkan sikap berat sebelah dengan semua rakyat Malaysia. Tempat lain jangan haraplah anda semua nak dapatkan tawaran itu dengan mudah. Semua ini hanya di Permatang Pasir aje. Lepas ini marilah kita sama-sama mendaftarkan diri ke Dun Permatang Pasir, banyak tawaran yang disediakan di sini. Itu pun kalau menanglah.

SELAMAT BERPUASA





"wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa"
al-Baqarah; 183


Tingkatan Puasa

Menurut Imam Ghazali, puasa (dari mata kaca tasawuf) terbahagi kepada tiga tingkatan iaitu;

Shaum al-Umum (puasa orang kebanyakkan)

Sekadar menahan perut daripada lapar dan dahaga serta anggota sulit daripada syahwat.

Shaum al-Khusus (puasa khusus)

Ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu menahan anggota badan daripada melakukan maksiat dengan enam perkara berikut;
  • menjaga mata daripada melihat sesuatu yang buruk menurut kaca mata agama
  • menjaga lisan daripada berdusta, memfitnah dan mengucapkan perkataan-perkataan keji
  • menjaga telinga daripada mendengar segala sesuatu yang haram untuk didengar
  • menjaga seluruh anggota tubuh daripada perbuatan-perbuatan negatif
  • menjaga agar tidak makan berlebihan saat berbuka
  • menjaga hari agar berada antara khauf (takut) dan raja' (berharap) dan sedar bahawa Allah swt berhak menerima atau menolak ibadah pausa kita.

Shaum Khusus al-Khusus (puasa golongan yang khusus daripada khusus)

Puasa ini merupakan puasa tiga golongan iaitu;
  • para nabi
  • Al-Siddiqun (orang yang jujur)
  • Al-muqarrabin (orang-orang yang dekat dengan Allah
Puasa golongan ini menduduki tingkatan yang tertinggi yang mana puasa mereka mencakupi puasa hati daripada sesuatu yang hina dan daripada urusan duniawi dan hanya mengharapkan bekal ukhrawi.

Sekitar Penyerahan Memorandum; Nelayan Bantah Projek Petrokimia di Sungai Pulai, Pontian

SELAMATKAN PARA NELAYAN, SELAMATKAN HABITAT BAKAU, SELAMATKAN DOGONG DAN KUDA LAUT

Pada 10 Ogos 09, seramai 30 keluarga nelayan yang mewakili nelayan Mukim Serkat dan Mukim Sungai Karang menyerah memorandum untuk menyatakan suara hati mereka kepada Perdana Menteri agar projek mega yang dibangunkan di kawasan mereka tidak diteruskan. Bukan untuk menolak pembangunan, sebaliknya inginkan kehidupan yang sejahtera dan selamat. Musnahnya kawasan bakau seluas 992 hektar, bermakna musnahlah mata carian para nelayan.


video

Perancangan dan Penyusunan Strategi Sebelum Berjuang

Berlatarbelakangkan Pejabat Perdana Menteri

Mara! Mara!Mara!Kami Para Nelayan Bantah!

Penyerahan Anak Bakau Sebagai Simbolik

SEMOGA SUARA KAMI DI DENGAR

Bahasa Budaya Bangsa





menegur biar berhemah. jangan main hentam dan kira seronok je (tiada matlamat, hanya cara publisiti murahan). langsung tak mencerminkan keislaman. inilah masalahnya kalau berkeris atas dasar politik. tiada bezanya antara yang menghentam dan dihentam. memalukan....

Siapa Bodoh?


Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”.
(riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .



Inilah ayat bodoh yang keluar dari mulut seorang yang bergelar YB dan juga Menteri Besar. Dia salahkan peniaga pulak. Kalau Bapak YB dah larang tu, tak perlulah Bapak YB keluarkan kenyataan yang bodoh ni. Kalau Bapak YB nak tahu, sekarang ni, anak-anak muda Islam dah ramai berjinak-jinak dengan air kencing setan ni. Tak perlulah terus mempergunakan istilah hormat-menghormati dengan kaum lain. Peraturan ini untuk orang Islam, bukan untuk non muslim. Jangan duduk bersenang-senang di bilik yang sejuk dan bersofa lembut. Turun padang dan tengok sendiri masalah yang melanda orang Islam kita sekarang.


Saya sekali lagi bersetuju dengan kenyataan Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar dalam hal ini.


Peniaga bodoh jual arak di kawasan majoriti Islam – Khalid (Berita Harian)


SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan pengusaha premis perniagaan yang menjual arak di kawasan majoriti Islam sebagai bodoh.


Beliau berkata, mereka sepatutnya menjual minuman keras di kawasan yang mempunyai pasaran pembeli.


''Kalau masih jual juga mereka bodohlah. Takkan nak jual nasi lemak di kawasan orang yang makan keju," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Negeri Selangor (Selesa) 2009 di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan negeri yang membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam dengan meminta premis perniagaan menguatkuasakan konsep kawalan sendiri.


Menjawab soalan sama, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak bermaksud menggalakkan orang Islam membeli arak tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada pemilik premis untuk menguatkuasakan kawalan penjualan sendiri.


Beliau juga meminta kerjasama Pas untuk mencari kawasan majoriti Islam yang masih ada premis arak.


''Jadi tugas rakan-rakan kita dalam Pas ialah pergi cari tempat yang dia fikir tak betul (kawasan majoriti Islam yang ada jual arak) dan kita akan bincang.


''Tapi jangan cari di Jalan Chow Kit," katanya.

Teruskan Kerja Amal Ma'aruf, Nahi Mungkar


Jais Tetap Teruskan Operasi (Utusan Malaysia)


SHAH ALAM 8 Ogos - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan meneruskan operasi membanteras penjualan minuman keras kepada orang Islam di negeri itu termasuk menggunakan kuasa yang diberikan bagi menangkap mereka yang terlibat.


Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, operasi itu akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam soal pelesenan premis menjual minuman keras.


Beliau menegaskan usaha penguatkuasaan itu dilaksanakan tanpa sebarang pengecualian kerana ia telah termaktub dalam peruntukan undang-undang dan enakmen syariah di Selangor.


''Berdasarkan Seksyen 18, Enakmen Jenayah Syariah Selangor, JAIS mempunyai kuasa menangkap dan mendakwa orang Islam yang minum, menjual, membeli dan mempamerkan minuman keras termasuk bir.


''Kita ada kuasa (jalankan operasi) tetapi kita akan guna pendekatan berdakwah bertujuan memberi kesedaran dan kaunseling bukan tindakan menangkap atau menghukum mereka," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena Ramadan dan penyerahan kad kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama dan pegawai masjid seluruh Selangor di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.


Mohammed Khusrin bagaimanapun menjelaskan operasi yang melibatkan PBT itu akan buat secara berkala sekiranya wujud keperluan yang mendesak.


Semalam, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan tidak akan melarang penjualan minuman keras di kawasan majoriti penduduk Islam di negeri ini walaupun mendapat bantahan keras majoriti umat Islam.


Sebaliknya, kerajaan negeri meminta semua premis perniagaan, pasar raya dan kedai serbaneka yang menjual arak mengamalkan konsep kawalan sendiri bagi membendung penjualan minuman keras kepada orang Islam termasuklah remaja bawah umur.


Dalam pada itu, Mohammed Khusrin ketika ditanya mengenai premis menjual arak diminta melaksanakan konsep kawalan sendiri itu memberitahu, kesedaran serta asas agama yang kuat juga perlu diberi kepada umat Islam selain daripada pelaksanaan konsep berkenaan.


''Ini bergantung kepada persepsi bagaimana kita tafsirkan konsep itu. Kalau kita ada kekuatan dalaman, langkah ini mungkin berkesan tetapi kita kena juga ada gerakan dakwah serta kesedaran selain memberi pengetahuan asas agama yang cukup kepada anak muda," ujarnya.


p/s : Saya bersetuju 300% dengan kesungguhan yang mahu dibuat oleh JAIS. Dengan kuasa dan tanggungjawab yang diberikan, laksanakanlah seadil yang mungkin. Amal Ma'aruf, Nahi Mungkar.


Saya juga cabar semua kerajaan negeri melaksanakan pengharaman secara TOTAL apa jua perkara yang berhubung dengan arak dan bir ini kerana arak pada masa kini telah banyak memusnahkan remaja-remaja dan belia-belia Islam.


Orang politik (kerajaan dan pembangkang) tak perlulah terus menuding jari kepada yang lain jika masalah di kawasan sendiri pun masih belum selesai. Buatlah perubahan, terutamanya yang beragama ISLAM dan berbangsa MELAYU.


"wahai orang-orang yang beiman masuklah kamu kepada Islam secara menyeluruh. Dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"


al Baqarah; 208


Kepada yang memegang tampuk pemerintahan, di peringkat kerajaan pusat atau negeri. Hentikanlah pergantungan kepada sumber yang haram. Tak usah sebut, cukai dari air kencing setan ini lumayan. Sesungguhnya rezeki itu dari ALLAH jua. ALLAH ITU MAHA KAYA dan PEMURAH kepada hamba-hambaNYA yang beriman dan bertakwa. Pergantungan seharusnya kepada ALLAH, bukan kepada benda HARAM tersebut.


Sekitar Pertemuan FORUM Dengan Guan Eng

Pada jam 10.00pagi (5 Ogos/Rabu) semua wakil NGO Islam (FORUM PENYELARSAN UMAT) berkumpul di lobi bawah Bangunan KOMTAR untuk bertemu Guan Eng. Malangnya wakil NGO yang diutuskan untuk bertemu dihalau keluar selepas sejam menunggu. Alasan yang diberi, ada mesyuarat EXCO. Atas kedegilan dan kerasnya kepala Guan Eng, dia sanggup berada di dalam pejabat yang gelap kerana ditutup untuk mengabui mata wakil NGO Islam. Di hantar Setiausahanya untuk bertemu dengan wakil NGO Islam. Tapi sikap biadap yang ditonjolkan selepas wakil NGO Islam memohon untuk bertemu hanya 1 minit. Dihalau keluar wakil NGO Islam.


p/s : Kepada fanatik-fanatik politik, jangan terus bersengkongkol dengan golongan yang mempunyai agenda jahat kepada ummat Islam. Sedarlah, Ummat Islam yang akan rugi. Jangan sampai kita lupa siapa musuh kita yang sebenar.


Kenyatan Biadap Jeff Ooi (Ahli Parlimen Jelutong-DAP)


Sekitar piket di KOMTAR


KENYATAAN RASMI FORUM "FORUM selar kenyataan Jeff Ooi berkenaan Syariah"


KENYATAAN RASMI FORUM 5 OGOS 2009


FORUM selar kenyataan Jeff Ooi berkenaan Syariah


NGO-NGO Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang menyelar kenyataan YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan kenyataan beliau yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisme. [STAR: 2 Ogos 2009: N12]. Kenyataan ini dikeluarkan berhubung pertelingkahan beliau dengan Hj Mohd Razali, ahli majlis, MPPP yang jua ahli kepada Jamaah Islah Malaysia (JIM).


FORUM merasa kesal dengan sikap sebegini oleh seorang ahli parlimen dan ketua staff, Pejabat Ketua Menteri atas pandangan yang negatif dan berbaur jahat terhadap syariah Islam dengan mengaitkannya dengan ekstrimisma. Pandangan sebegini adalah bertentangan dengan slogan-slogan “mengikuti pemerintahan Saidina Umar Abd Aziz” dan “Amal Ma’aruf, Nahi Mungkar” yang dilaungkan oleh Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


FORUM juga ingin mengingatkan bahawa kejayaan pemerintahan Saidina Umar Abd Aziz adalah disebabkan beliau mengambil Syariah sebagai dasar pemerintahan beliau dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Amar Ma’aruf iaitu menggalakkan perbuatan yang baik, Nahi Mungkar iaitu mencegah perbuatan jahat adalah prinsip-prinsip Syariah. FORUM merasa kesal apabila beliau sebagai seorang ahli Parlimen di sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam perlembagaan jahil tentang pemahaman asas Islam dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbaur jahat. FORUM menggesa Jeff Ooi menarik balik kenyataan dan cuba memahami Islam dalam maksudnya yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan propaganda kumpulan-kumpulan khususnya dari Negara Barat yang anti Islam yang cenderung mengaitkan Islam dengan ekstremisma dan terorisma.


FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam. FORUM dengan ini menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri Pulau Pinang memecat beliau sebagai Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.



Gabungan FORUM PENYELARASAN UMMAT

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  2. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
  3. Badan Anti IFC (BADAI)
  4. Badan Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (BAKIP)
  5. Haluan Malaysia Cawangan Pulau Pinang
  6. Ikatan Muslimin islam (ISMA Pulau Pinang)
  7. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysia (ISRA’)
  8. Institut Al Qayyim (IQ)
  9. Islamic Progation Society International (IPSI)
  10. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)
  11. Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIM)
  12. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
  13. Kelab Remaja JIM
  14. Muhammadiyah Internasional
  15. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)
  16. Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH)
  17. Sekretariat Bring Islam Back
  18. Sekretariat Dakwah Non-Muslim Pulau Pinang (SDPP)
  19. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)
  20. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  21. Ummah Aid
  22. Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)
  23. Wanita JIM
  24. Warga Kilang.Com
  25. Young Muslim Sport Club (YMSC)

Projek Memusnah

SATU lagi projek MEGA bakal menyempitkan Selat Tebrau, meningkatkan kadar hakisan di tempat lain, dan mewujudkan jurang miskin kaya.

Pemaju sangat bijak. Dengan hanya keluasan 49.37 hektar, pemaju tidak perlu melantik perunding untuk menyediakan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA).


“di bawah seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, aktiviti penebusan tanah (penambakan) kawasan pantai yang melibatkan kawasan seluas 50 hektar atau lebih perlu menjalankan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) sebelum sebarang aktiviti dilaksanakan”.


Pelik. Jikalau dulu kerajaan Singapura mahu membesarkan wilayah mereka. Kerajaan Malaysia melenting. Bukan saya menyebelahi Singapura. Tapi, ini kenyataan. Kononnya akan menjejaskan keadaan pantai Malaysia. Sekarang, kita pula beriya-iya memajukan kawasan pantai. Adakah negeri Johor ini telah kekurangan tanah, sehingga mahu ditambak lagi?

CMP to start Lido Beach mega project this year (The Star)



Cakap Biar Habis

Terkejut semasa mendengar berita di salah satu radio swasta semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar isteri ke sekolah.


“mayat bayi ditemui di sebuah sekolah agama di Kedah”.


Hati beristighfar, apabila apabila mendengar berita sebegini.


“Betulkah berlaku di sekolah agama”. Saya bagaikan tidak percaya.


Tapi, inilah kebenarannya.


Mayat bayi dalam tandas sekolah (3 Ogos 09)

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my

Wanita 30-an alami pendarahan teruk disiasat

SUNGAI PETANI: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dengan keadaan kepalanya terperosok dan tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Gurun, dekat sini, pagi semalam.

Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan lengkap bertali pusat itu ditemui seorang guru wanita kira-kira jam 8 pagi.

Malah, sepasukan anggota bomba juga kelihatan berada di sekolah itu dipercayai untuk membantu memecahkan mangkuk tandas berkenaan bagi mengeluarkan mayat bayi malang itu.

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui dalam keadaan bogel dipercayai dibuang ke dalam mangkuk tandas sejurus dilahirkan.

Difahamkan, seorang wanita berusia 30-an mendapatkan rawatan di Hospital Yan, dekat sini pagi semalam selepas mengadu mengalami pendarahan teruk akibat melahirkan anak.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang baru dilahirkan itu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, polis akan melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat bayi dan wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10 pagi selepas pengetua sekolah itu membuat laporan di Balai Polis, Gurun, di sini.

Beliau berkata, pihaknya percaya bayi terbabit sudah dua hari berada dalam lubang mangkuk tandas terbabit berdasarkan keadaannya, termasuk darah dan tali pusat kering yang masih melekat pada badannya ketika ditemui.

"Ketika ditemui bayi itu sudah meninggal dunia dan kami percaya bayi berkenaan dilahirkan kurang tiga hari berdasarkan pada tali pusat yang masih melekat dan kesan darah kering di badannya.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk dibedah siasat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dengan kes itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Hashim enggan mengulas sama ada wanita terbabit mempunyai kaitan dengan kes berkenaan dan menegaskan pihaknya masih melakukan siasatan.


p/s : harap kesilapan sebegini tidak terus diulangi. Dan saya dapat maklumat, sesungguhnya bukan perbuatan pelajar sekolah berkenaan. Semoga ALLAH melindungi sekolah-sekolah agama di Malaysia dan seluruh dunia. Ameen

Perjalanan yang panjang..

BULAN ni, kerja saya asyik ke Pahang saje. Tiga isu yang saya ambik alih ada di sana. Kadang-kadang terasa perit. Namun, atas dasar kerja dan untuk mencapai persoalan tentang “penggunaan masa muda”, saya tabah menghadapinya. Kata-kata perangsang, isteri tercintalah menjadi penguat semangat aku dikala aku lemah. ALHAMDULILLAH..


Dek kerana infomasi yang kurang tepat dan agak lambat, perjalanan inilah saya rasa yang paling teruk. Majlis Penerangan Cadangan Pembinaan Kuari dan Kilang di Jebak Puyuh adalah sasarannya. Anjuran Kerajaan Negeri dan syarikat. Bas jam 12malam memecut sederhana laju menuju ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan aku lena. Tepat jam 4.30pg tibalah aku di Kota Raya Kuala Lumpur. Ingatkan lengang, rupa-rupanya di sekitar Pudu Raya ini aktivitinya tak pernah berhenti. Saya mula terfikir, bilakah masa tidur mereka bagi peniaga dan pemandu teksi di sini?


Saya terus menapak menuju ke Hentian Puduraya. Tujuannya untuk rehat sementara menanti Putra LRT beroperasi untuk ke Titiwangsa. Ulat-ulat tiket, awal-awal pagi dah memulakan operasi mencari penumpang. Tapi tak seramai pada waktu-waktu puncak.


Saya terus mencari tempat untuk berehat. Penuh! Terpaksalah menyelit-menyelit disebelah pak cik yang sedang nyeyak tidur. Pelbagai ragam ada kat situ. Senonoh dan tak senonoh.


Jam 5.45 pagi. saya menapak menuju ke stesen Putra LRT (Plaza Rakyat) yang paling dekat. Sampai je di situ, sudah ramai menanti untuk menaiki LRT. Masing-masing menunggu pintu pagar di buka. Tiba di Titiwangsa, terus bergegas mencari surau.


Saya ambil tiket menuju je Jerantut selepas mendapat nasihat dari seorang pak cik, yang juga seorang pemandu bas. Bas paling awal ke Jerantut jam 8pagi. Beli kuih-muih dan air botol untuk mengisi perut, alas sarapan pagi. Naik je bas, mantoplah. Pemandu pasang lagu dangdut dengan nada yang sangat kuat. Penumpang hanya ada 5 orang. Naik je, saya bagitahu kat pemandu supaya berhenti di Kampung Kuala Krau. Namun, perjalanan saya tersasar. Tiba di Jerantut, 30 km dari lokasi sepatutnya. Pemandu terlupa.


Telefon orang kontak, mintak datang mengambil saya di Jerantut. Namun, terpaksa ambil bas henti-henti untuk patah balik. Jam 11, bas akan bertolak. Program dah mula sejam yang lalu.


Loceng ditekan. Di Kampung Kuala Krau, jam menunjukkan jam 11.30pagi. Tanpa buang masa terus bertanyakan jeti untuk naik bot menuju je tempat program. Tiada jalan darat yang paling dekat dari sini. Sebiji bot sahaja yang beroperasi untuk menghubungkan dua kampung ini. Jambatan belum siap sepenuhnya lagi.


Semasa membayar tambang (RM1.30) bertanya kepada abang “si pilot”, jarak perjalanan ke dewan berlangsungnya program.


“Jauh, 2 kilometer. Tumpang adik ini, rumah dia dekat-dekat kat situ je.”


“Mampos, jauh lagi. Ingatkan dekat je.” Hati saya berbisik.


Ketibaan saya disambut seorang yang berpakaian ala pejabat, bertali leher kemas.


“En dari mana.” Dia memulakan sapaan.


“Dari NGO, SAM.” Saya membalas.


“Lama dah mula program.” Saya bertanya.


“Lama dah, dari jam 10 lagi. Silalah.” Dia menjemput.


Saya terus masuk dan duduk di bahagian tengah. Sesi soal jawab dah lama bermula. Saya memang tak mampu nak berbuat apa-apa. Nak bertanya soalan, seakan tidak sesuai. Difikirkan, pemaju telah menerangkan semua ada A-Z. Akhirnya saya membuat keputusan untuk menunggu jawapan daripada mereka yang ada di pentas.


Malang. Tiada jawapan kecuali kata-kata manis dari seorang YB Ahli Parlimen dan YB Adun kawasan terbabit.


“Saya harap pemaju mempertimbangkan tuntutan penduduk (pampasan), apa guna kerajaan negeri untung, sedangkan rakyat di sini rugi.” Kata salah seorang dari YB yang hadir.


“Dulu sayalah, orang yang paling lantang menolak projek ini di Parlimen. Tapi hari ini, saya tak kata saya tak bersetuju tapi jika kerajaan negeri bersetuju, sayalah orang pertama yang akan setuju. Ini semua untuk keselesaan rakyat Pahang.”


Biasanya kita dengar dialog-dialog sebegini waktu pilihanraya. Tapi, saya dah biasa dengan ayat-ayat manis sebegini di sepanjang bekerja. Akhirnya, tiada jawapan yang diberikan. Sebaliknya, semua persoalan yang dibangkitkan akan dibincang secara tertutup dengan Menteri Besar. Apa jua keputusan rakyat harus terima seadanya.


Tamat majlis saya telefon kembali orang kontak saya. Tiada yang positif. Saya berjalan pulang dengan harapan ada orang yang akan tumpangkan saya ke jeti. Alhamdulillah.


Lepas makan tengahari terus tunggu bas untuk ke Temerloh. Terus ambil bas Bulan Restu balik Kuala Lumpur. Malangnya, alat penghawa dingin tidak berfungsi dengan baik. Lebih memeritkan, cuaca agak panas. Malah kondisi bas pun agar uzur. Disini saya saran, kepada sahabat-sahabat nak ke Temerloh, jangan ambil perkhidmatan bas ini. Teruk.


Tiba di stesen Titiwangsa saya bertekad untuk balik dengan keretapi untuk ke Penang. Malangnya tiada tiket awal. Terpaksa tunggu 3 jam untuk perjalanan jam 10.30 mlm. Melepaklah saya di KL Sentral sambil berbual-bual dengan seorang pak cik yang juga menunggu keretapi. Jadualnya jam 8mlm.


Saya berseorangan. Tiba-tiba datang seorang tua berseluar jean mendekati saya. Katanya, dia datang untuk berubat seseorang di Shah Alam. Tapi, disebabkan ada sedikit masalah, pertemuan dibatalkan. Macam-macam dia bertanya pasai diri saya. Dia juga bercerita dengan pengajiannya di pondok-pondok. Dia juga cuba mempraktik pada diri saya. Saya mula curiga. Saya mula teringat pasai, pukau. Akhirnya, saya mintak diri untuk solat Mahgrib. Saya turut mengajak dia. Dia menolak. Malah menawarkan perkhidmatan untuk menjaga beg saya. Turun je tangga, pak cik tadi menahan saya. Dia terus menceritakan yang dia tiada duit untuk balik ke Melaka. Perkara ini, dari awal dah saya agak. Saya pohon untuk solat dulu. Saya berjaya melepaskan diri.


Selesai solat. Saya berehat di surau. Tiba-tiba saya ditegur seorang tua. Pakaiannya sedikit comot. Pohon bantuan untuk makan. Katanya, dompetnya hilang. Laporan polis, sebagai bukti. Saya tanpa berfikir panjang, hulurlah sedikit. Bagi saya, mungkin Allah hendak saya membantu seseorang malam ini.


Sampai di Penang jam 6.50pagi. Menuju ke jeti untuk menaiki feri untuk menuju ke Tanjung. Terpaksa turun di hadapan RECSAM dengan bas Rapid Penang. Itu sahaja pilihan yang ada. Untuk terus menunggu bas bernombor 206 yang sememangnya agak memeritkan kerana hanya ada sebuah sahaja bas yang beroperasi. Berjalanlah saya menuju ke rumah.


Panjang sungguh perjalanan..


Malam ini perjalanan ke Pontian pulak. Esok akan bersama-sama penduduk untuk menghasilkan memorandum membantah Cadangan Pembinaan Kawasan Petrokimia di Sungai Pulai, Johor. Ya ALLAH, semoga perjalanan aku dipermudahkan dan dapat membantu masyarakat di sana.