Pemergianmu


video


Pemergianmu
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira?
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu

Berkata Itu, Biar Berbuat...


Rakyat Mahukan Ini!


Saya tertarik dengan tajuk akhbar The Star hari ini yang membawa tajuk:

"Give Zambry a chance, says Najib"

Beliau berkata dengan keputusan ini Zambry sepatutunya diberi peluang memimpin Perak dan sebarang masalah atau ketidakpuasan hati terhadap pentadbiran BN Perak dibawa pada PRU akan datang.

Bagi saya saranan itu adalah bijak cuma malangnya kenapa hanya di Perak? Kenapa tidak diberi peluang kepada Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor? Tunggulah sehingga pilihan raya ke 13 nanti untuk mendapatkan undi rakyat.

Jadikanlah Malaysia yang aman dan damai. Jangan sentiasa mencari kesalahan dek kerana kepentingan kepartian semata-mata. Kesejahteraan rakyat perlu diutamakan. Isu-isu jenayah yang semakin tidak terkawal, masalah sosial remaja yang semakin meruncing dan lain-lain isu perlu diberikan perhatian dan tindakan segera.

valentine's day... ROSAKKAN AKIDAH..


Perayaan Hari Kekasih atau Valentine Day mula membudayai kalangan masyarakat kita khususnya di kalangan muda-mudi, sekitar akhir tahun 1980-an beriringan dengan munculnya siaran-siaran televisyen, iklan dan filem yang bertemakan perayaan ini. Perayaan ini biasanya diraikan dengan setiap pasangan memberikan hadiah kepada orang yang dikasihi. Setelah itu diadakan pesta-pesta yang diisi dengan hiburan seumpama nyanyian, tarian dan sebagainya. Kebelakangan ini, pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa, mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan serta bergaul bebas dan sebahagiannya diakhiri dengan pesta seks.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa statistik ini menunjukkan kejadian zina semakin berleluasa dan tidak dapat tidak, Hari Kekasih dilihat sebagai salah satu hari daripada hari yang digelar ‘Musim Mengawan’ kepada muda-mudi kita. Lebih-lebih lagi, apabila laporan akhbar menyatakan wujudnya kempen ‘Bare Your Loves, No Panties During Valentine’ yang menular ke IPT-IPT dan sekolah-sekolah. Walaupun pihak atau individu yang memulakan kempen ini tidak kami ketahui, kempen ini jelas mencabar ajaran Islam yang malarang umatnya mendekati zina. Maka, harus diingat, Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan bahawa “Amalan menyambut Hari Valentine’s Day adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam”. Manakala Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam.
Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Oleh itu, dengan ini Urusetia Menangani Gejala Sosial P.Pinang (UNGGAS), Persatuan Ulama’ Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP), Angkatan Penuda Pemudi Islam (API) dan Komunti Suara Kehidupan (KoSuKe) akan memulakan kempen ‘Jerat Valentine Day’ bertujuan mendidik masyarakat terutama ibubapa tentang bahaya membiarkan budaya songsang ini terus hidup dalam masyarakat Islam. Dengan itu, kami akan turun ke peringkat akar umbi untuk berkempen dalam bentuk pengedaran poster, edaran cd-cd kesedaran, ceramah-ceramah umum, tayangan video-video kesedaran di pasar-pasar malam dan tempat awam.
Acara kemuncak adalah program Latihan Aktivis Dakwah Dalam Isu Sosial (LANDAS) yang bertujuan membentuk pendakwah lapangan yang berkemahiran tinggi pada 13 – 14 hb Feb dan Operasi Sayangi Remaja iaitu satu bentuk operasi pencegahan maksiat dalam bentuk kaunseling di lapangan yang akan dilaksanakan disekitar Pulau Pinang. Kami menyeru agar masyarakat Pulau Pinang member sokongan yang padu dalam usaha kami ini. Hubungi saudara Nurfitri Amir Muhammad di talian 013-7069509 untuk maklumat lanjut.

Urusetia Menangani Gejala Sosial (UNGGAS)
Persatuan Ulama' Malaysia Caw P.Pinang (PUMPP)
Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
Komuniti Suara Kehidupan (KOSUKE)