Kisah Menarik PTPTN







Yuran universiti: Jadikan PTPTN pilihan terakhir

Spy 1Malaysia 19 Ogos 2010

Kepada bakal mahasiswa, pastinya anda tiada pilihan kerana di dalam banyak-banyak sumber pinjaman, pegawai PTPTN akan menjadi orang pertama yang akan datang ke universiti anda menjengah muka kononnya bakal menjadi penyelamat bagi menampung semua kos pegajian anda.

Lalu, bagi mereka yang terdesak dan tidak mahu menanggung risiko, pastinya terus menandatangani perjanjian tanpa sedikit pun membaca isinya serta memikirkan kesan jangka panjangnya.

Nasihat saya kepada bakal mahasiswa, jika anda ada sumber pinjaman lain, sebaiknya janganlah anda terjerat dengan meminjam pinjaman PTPTN. Kesan jangka panjang dengan menjadi hamba kos petadbiran PTPTN akan anda rasai nanti setelah anda selesai menamatkan pegajian.

Untuk pengetahuan anda, PTPTN tidak akan melayan dan memahami anda ketika anda memasuki babak mencari kerja. PTPTN bukan tidak tahu selepas anda habis pengajian, anda belum tentu mendapat pekerjaan tetap atau menganggur.

Kadang-kadang ada dikalangan graduan sehingga 2 hingga 3 tahun, menganggur dan gagal melunaskan bayaran balik pinjaman. PTPTN tetap tidak akan melayan anda walaupun anda menghantar surat rayuan memohon jasa baik mereka memberi sedikit masa kepada anda mendapatkan pekerjaan dan mampu membayar balik. Bagi mereka, pinjaman adalah pinjaman dan wajib dibayar.

Setelah anda masuk di dalam babak sedang bekerja sekali pun, PTPTN tidak mahu mendengar penjelasan anda bahawa gaji anda layak untuk anda hidup sebagai golongan miskin tegar sahaja.

Apa tidaknya semakin hari kos hidup semakin meningkat. Bagi PTPTN, anda ada gaji dan boleh bayar hutang. PTPTN tidak akan melayan anda jika anda menghantar surat rayuan memohon agar menerima jumlah bayaran tetap sebanyak RM100 setiap bulan sementara ekonomi anda sudah cukup stabil bagi mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh PTPTN.

PTPTN bukan sahaja tidak melayan, malah wang RM100 sebulan itu cukup menampung kos petadbirannya sahaja. Apabila anda menyemak penyata tiap-tiap bulan, bukan sahaja jumlah pokok pinjaman anda tidak bergerak, malah jumlah baki pinjaman anda sentiasa bertambah dari bulan ke bulan. Moral anda sebagai pembayar setia pasti jatuh dan kecewa serta behasrat menulis luahan hati kepada Utusan Malaysia.

Babak menerima surat peringatan PTPTN adalah babak paling menyedihkan. Setiap bulan jika anda seorang pembayar setia, pastinya kehadiran surat ini bagaikan surat kekasih memohon memutus cinta.

Rasa kecewa pasti tergambar kerana anda tidak pernah lupa dan mengabaikan pembayaran. PTPTN tetap mahu anda membayar jumlah pokoknya kerana bayaran anda sebelum ini hanya mampu menampung kos petadbirannya sahaja.

Ancaman mendakwa anda jika gagal melunaskan dalam masa 14 hari adalah ugutan yang paling menyentuh jiwa. Difikiran anda pasti terkenang dan berkata “mujur aku bayar dan tidak lari, itupun PTPTN masih tidak menghargai”.

Inilah antara kesan jangka panjang yang akan anda rasai jika anda adalah seorang peminjam PTPTN. Adalah lebih baik, anda mohon satu pinjaman peribadi dan bayar keseluruhan jumlah pinjaman PTPTN anda kerana pinjaman peribadi memberi kadar faedah tahunan dan bukan kadar faedah bulanan 3 peratus sebulan yang dilakukan oleh PTPTN.

Sebaiknya, sebagai bakal mahasiswa, jika anda ada sumber pinjaman lain, gunakanlah sumber pinjaman itu dan elakkanlah meminjam dengan PTPTN.

Sumber Malaysiakini


Saya bersetuju dengan penulis. Saya syorkan kepada mereka yang bergelar ayah dan juga ibu supaya membuat simpanan awal buat anak-anak anda. Ambil lah perlindungan takaful pendidik buat anak-anak anda. Ini sudah menjadi satu kewajiban. PTPTN bukan memudahkan tetapi membebankan. Biar kita susah dahulu. Tak kan kita sanggup membimbing anak-anak kita ke lembah hutang. Insyallah, anak-anak tidak akan lupa jasa baik dan pengorbanan ibubapanya. Berdoalah wahai ibu dan ayah, semoga anakmu menjadi anak yang soleh dan solehah. Akhirnya saya syorkan anda untuk baca buku KE MANA WANG ANDA? Tulisan pakar pengurusan kewangan, Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir.

Sudahkah Aku Bersedia???

Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002.


Bukan sebarang ‘road block’

KUALA TERENGGANU 4 Ogos – Seorang pemuda tidak menyangka perbuatannya menyimpan klip video lucah di dalam telefon bimbit mengundang padah apabila ditahan dalam operasi trafik di Jalan Sultan Mohamad di sini semalam.

Operasi selama empat jam itu dijalankan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Terengganu dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri.

Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Kawalan, Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN, Zaki Mohamed berkata, lelaki berusia 20-an tersebut didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002.

“Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Mengulas lanjut, Zaki berkata, operasi itu bukan semata-mata untuk mengesan pesalah jalan raya tetapi turut melibatkan kesalahan memiliki video lucah.

Sumber : Utusan Malaysia; 5 Ogos 2010


p/s : Kepada anggota-anggota polis, teruskan usaha menbanteras jenayah dan masalah sosial. Tapi harap-harapnya pilihan waktu untuk dilaksanakan sekatan ini tidak di waktu puncak. Sesak teruk jalannya.


Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002

Tiada seorang pun boleh:

1. Ada atau menyebabkan dirinya ada dalam milikan, jagaan, kawalan atau pemunyaannya; atau


2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang lucah atau yang selainnya bertentangan dengan kesopanan awam

Hukuman

Seksyen 5(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak lebih daripada lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya

Seksyen 6

Tiada seorang pun boleh:

1. ada dalam milikannya atau jagaannya atau dibawah kawalannya ; atau


2. Menyebarkan, menayangkan, mengedarkan, mempamerkan, membuat, mengeluar, menjual atau menyewakan, apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang belum diluluskan oleh Lembaga

Seksyen 6(2)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (1) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh:-

1. Berkenaan dengan apa-apa filem, didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempuh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya; atau


2. Berkenaan dengan apa-apa bahan publisiti filem, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripda sepuluh ribu ringgit

Seksyen 7(3)

Mana-mana orang yang tanpa suatu permit atau suatu perakuan pengecualian yang dikeluarkan dibawah seksyen 8, mengalih atau menyebabkan dialihkan daripada kawalan mana-mana pegawai kastam hak apa-apa filem atau bahan publisiti filem yang telah diimport ke dalam Malaysia melakukan suatu kesalahan

Apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga pluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 9

Pemunya sesuatu filem hendaklah mengemukakan filem itu kepada Lembaga untuk penapisan filem mengikut cara yang ditetapkan tanpa apa-apa pengubahan atau pemotongan dan atas risiko dan perbelanjaan sendiri

1. Dalam hal sesuatu filem yang diimport yang tidak dikecualikan dibawah sub seksyen 8(3) yang dilepaskan dibawah seksyen 7, dalam masa dan ditempat yang dinyatakan dalam permit yang dikeluarkan berkenaan dengan filem itu dibawah sub seksyen 8(1) atau


2. Dalam hak sesuatu filem yang dinuat atau dikeluarkan di Malaysia dan dicadangkan untuk ditayangkan di Malaysia, dalam masa empat belas hari dari tarikh pembuatannya atau pengeluaran itu selesai

Seksyen 9(2)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen:

1. Melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 11(1)

Bahan yang dikehendaki oleh Lembaga dibawah perenggan 10(1) boleh dibuat:-

Oleh Lembaga; atau Dengan keizinan bertulis dan tertakluk kepada apa-apa syarat Lembaga, oleh pemunyanya

Seksyen 11(2)

Jika apa-apa filem di hantar serahkan kepada pemunya filem itu bagi maksud membolehkan pemunya itu membuat pengubahan kepada filem itu dibawah perenggan 10(1)(b); pemunya itu hendaklah memulangkan filem itu kepada Lembaga:-

1. Dalam masa yang ditentukan oleh Lembaga; dan


2. Dengan mana-mana bahagian yang dipotong, jika pengubahan secara pengeluaran dibuat.

Seksyen 11(3)

Pemunya filem yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan secara tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 16

Pembuatan pendua filem

1. Jika sesorang bercadang untuk membuat pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu filem yang telah diperakui dibawah seksyen 14, dia hendaklah mengemukakan suatu akuan berkanun kepada Lembaga dengan menyatakan:-

a. Cadangannya untuk membuat salinan pendua

b. Bilangan sebenar salinan pendua yang dia bercadang untuk membuatnya dan

c. Bahawa salinan pendua itu dibuat daripada filem asal yang diluluskan dan diperakui oleh Lembaga masing-masing dibawah seksyen 10 dan 14


2. Tiada seorang pun boleh membuat salinan pendua keseluruhan atau mana-mana bahagian dan diperakui oleh Lembaga masing-masing di bawah seksyen 10 dan 14

Seksyen 16(3)

Mana-mana orang yang melanggar sub seksyen (2) melakukan sesuatu kesalahan dan apabila di sabitkan boleh didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak boleh lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duannya

Seksyen 18

1. Pemunya sesuatu filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan hendaklah mengecapkan pada filem itu tanda kelulusan Lembaga


2. Maka hendaklah dipamerkan mengikut cara yang ditetapkan berkenaan dengan tiap-tiap filem yang diluluskan oleh Lembaga untuk tayangan


a. perakuan berkenaan dengan filem itu

b. pengelasan filem itu; dan

c. nama dan alamat orang yang menayangkan, mengedarkan, mempamerkan atau menjual, mengikut mana-mana yang berkenaan, filem itu.


d. Pemunya filem yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan


e. Mana-mana orang yang menayangkan, mengedarkan atau menjual sesuatu filem dengan melanggar subseksyen (2); atau


f. mempamerkan berkenaan dengan sesuatu filem pengelasan yang berbeza daripada pengelasan yang telah diberikan oleh Lembaga kepada filem itu

Seksyen 18(5)

Sesorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang lima ribu ringgit dan tidak lebih daripada tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya

Seksyen 19

1. Tiap-tiap bahan publisisti filem hendaklah dikemukakan kepada Lembaga mengikut cara yang ditetapkan bagi kelulusannya


2. Seksyen 10 dan 11 hendaklah terpakai bagi mana-mana bahan publisiti filem yang dikemukakan kepada Lembaga bagi .kelulusannya seolah-olah perkataan ”filem” dalam seksyen itu telah digantikan dengan perkataan :bahan publisiti filem”


3. Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 11(2) yang dibaca bersama dengan subseksyen (2) seksyen ini melakukan suatu kesalahan


4. Seseorang yang disabitkan atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit.

Seksyen 20

1. Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada mana-mana bahan publisiti flem yang telah diluluskan oleh Lembaga atau yang talah diubah sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga


2. Jika berbilang salinan apa-apa bahan publisiti filem dikemukakan bagi kelulusan Lembaga, maka Lembaga hendaklah mengecapkan tanda kelulusannya pada salinan pertama sahaja dan salinan pendua boleh di buat daripada salinan pertama


3. Mana-mana orang yang menayangkan apa-apa bahan publisiti filem atau mana-mana salinan pendua bahan itu tanpa mempamerkan tanda kelulusan Lembaga berkenaan dengan bahan itu melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit dan tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit

Tak Tambah Gula Pun Mahal???

Harga air suam 60 sen di kopitiam

KUANTAN 2 Ogos - Percaya atau tidak ada sesetengah kopitiam di sini mengenakan bayaran 60 sen bagi segelas air suam.

Keadaan itu menimbulkan rungutan di kalangan pelanggan apabila kopitiam terbabit mengenakan caj yang tidak munasabah ke atas segelas air suam.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kopitiam di bandar ini mendapati dakwaan tersebut ada kebenarannya apabila ada pengusaha mengenakan caj bagi secawan atau segelas air suam sekitar 50 sen dan 60 sen.

Bukan hanya harga air suam, malah harga milo ais juga terlalu mahal dan tidak wajar iaitu RM2.80 segelas.

Menurut seorang penyambut tetamu, Rosmawati Awang, 41, dia terkejut apabila dikenakan caj 60 sen bagi secawan air suam ketika minum di sebuah kopitiam terkenal di bandar ini.

"Selain memesan beberapa makanan dan minuman, saya memesan air suam sebagai tambahan. Apabila melihat resit bayaran, saya terkejut apabila air suam dikenakan caj sedemikian.

"Saya rasa tidak wajar air suam dikenakan caj sedemikian dan kerajaan perlu memantau situasi ini tambahan pula dengan kenaikan harga minyak dan gula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Rosmawati berkata, selama ini, jika menikmati hidangan di restoran biasa, tiada caj dikenakan ke atas segelas air suam.

"Kalau dikenakan bayaran pun cuma sekadar 20 sen bagi segelas air suam. Lagi pun, saya rasa penyediaan air suam tidak menggunakan kos yang tinggi dan mereka seharusnya bertolak ansur dalam perkara ini," jelasnya yang bekerja di sebuah hotel di sini.

Seorang pelayan kopitiam yang mahu dikenali sebagai Kay, 20, berkata, dia turut menyedari harga bagi segelas air suam yang dikenakan di tempatnya bekerja tidak wajar dan terlalu mahal jika dibandingkan dengan cara penyediaannya.

"Saya rasa memang tidak wajar tetapi saya hanya bekerja dan majikan telah menetapkan harga tersebut," jelasnya.

Bagaimanapun katanya, kadangkala jika ketiadaan majikan, dia tidak akan memasukkan air suam ke dalam senarai pesanan supaya tidak dikenakan sebarang caj.

Kay yang baru bekerja di sebuah kopitiam di sini berkata, sekiranya pesanan air suam itu melebihi dua gelas maka dia terpaksa memasukkan ke dalam resit pembayaran bagi mengelakkan sebarang masalah yang timbul ke atas dirinya.