ABABIL PUMPP Gesa Jangan Mempolitikkan Isu Kesesatan Liberalisme Sisters in Islam (SIS)

Muktamar PAS kali ke-55 yang lepas memperlihatkan usul mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sisters In Islam (SIS) yang membawa aliran Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan Syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya menjadi perdebatan yang hangat oleh pihak parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan individu-individu yang lain. Isu ini semakin dipolemikkan sehingga masyarakat bertambah keliru tentang masalah yang timbul dan mungkin mengambil tindakan ‘lepas tangan’ dalam memahami persoalan akidah yang menjadi teras pegangan setiap umat Islam.

Mutfi Perak, Sahibus Samahah Datuk Seri Harussani Zakaria bersetuju dengan gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal SIS disiasat berhubung dakwaan menggugat akidah Islam. Namun, beberapa pemimpin parti politik menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya SIS diharamkan. Usul Muktamar Pas ini nampaknya sudah dijadikan mainan politik sehingga menyebabkan kekeliruan yang besar dalam masyarakat. PAS hanya mendesak pihak yang berwajib untuk menyiasat SIS dan bukan menghukum SIS haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. SIS dan penyokong mereka telah mengambil kesempatan untuk mempolemikkan isu ini dengan mengetengahkan isu ekstremisme ulama’ dan hak kebebasan bersuara. Islam sebagai agama tidak harus dipolitikkan sebegitu rupa terutama sekali apabila status Islam sebagai agama persekutuan negara Malaysia.

Islam Liberal sudahpun difatwakan sesat dan bercanggah dengan syariat Islam dalam Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan kali ke-74 yang lalu. Pengeluaran fatwa ini merupakan tepat pada masanya apabila sejak akhir-akhir ini pelbagai salah faham terhadap syariat Islam sengaja digembar-gemburkan oleh golongan Islam Liberal yang kuat berpegang kepada ideologi sekular-liberal dan humanisme anjuran Barat. Golongan Islam Liberal ini mengakui berpegang kepada ajaran Islam tetapi Islam yang dibawa mereka adalah Islam yang beracuan pemikiran semata-mata berteraskan ideologi Barat. Kewajaran fatwa ini juga dilihat dapat menyekat pelbagai masalah-masalah lain yang bakal timbul dalam aspek kesucian ajaran Islam seperti yang sudah berlaku di negara jiran, Indonesia.

Menurut Prof. Madya Dr. Mohamad Kamil Abdul Majid, iaitu Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan dari Universiti Malaya, fahaman Islam Liberal ini juga akhirnya akan sampai kepada peringkat mempertikaikan wahyu. Beliau juga menambah bahawa antara bahaya ajaran ini ialah akan lahir pengikut yang meremehkan al-Qur’ān, meremehkan hadith dan autoriti ulama’. Ini kerana mereka menganggap ulama’lah yang pandai-pandai “mentafsirkan” Islam, sedangkan mereka mahu supaya sesiapa sahaja dapat mentafsirkan Islam.

SIS dikaitkan dengan fahaman Islam Liberal seawal bulan Disember 2000 setelah SIS terlibat secara langsung dalam usaha menubuhkan badan antara agama yang berkuasa yang menyeru kepada kebebasan beragama yang menjadi kontroversi hangat sehinggalah timbulnya cadangan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba direalisasikan pada bulan Februari 2005 yang lalu. Perkaitan SIS dengan fahaman Islam Liberal ini juga bertambah jelas pada awal tahun 2005 apabila sekumpulan aktivis hak asasi manusia yang diketuai oleh SIS sendiri telah melancarkan kempen Anti Kawalan Moral terhadap pihak berkuasa agama dan kerajaan tempatan ekoran tindakan para penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahan lebih 100 orang pengunjung kelab malam Zouk di Kuala Lumpur. Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah meminum arak, pergaulan bebas dan berpakaian kurang sopan. SIS juga dilihat seolah-olah anti-fatwa apabila terlibat secara langsung dalam membantah fatwa pengharaman yoga dan pengkid yang dibuat oleh Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini.

Antara tokoh Islam Liberal yang sangat terkenal ialah Aminah Wadud, beliau telah membuat bida‘ah kesesatan ibadat yang besar dengan mengimamkan solat Jumaat di mana makmumnya bercampur-baur bersama-sama lelaki dan wanita. Usul menyiasat kedudukan SIS dalam Islam juga dilihat bertetapan memandangkan program ‘Musawah’ anjuran SIS pada 13 hingga 17 Februari yang lalu, Amina Wadud adalah salah seorang antara hampir seratus tokoh Islam Liberal antarabangsa yang telah dijemput sebagai salah seorang pembentang kertas kerja utama bertajuk “Islam Beyond Patriarchy Through Gender Inclusive Qur’anic Analysis” yang membahaskan tentang kesaksamaan jantina dalam perkara berkaitan Islam terutama dari sudut Perundangan Syariah yang cuba menafsir semula al-Qur’ān berdasarkan pandangan mereka. Peluang kepincangan perjalanan sistem Mahkamah Syariah di Malaysia nampaknya direbut oleh SIS dalam menjadikan alasan kukuh buat mereka untuk mempertikaikan kewajaran Syariah dalam menjaga hak seseorang wanita. Sepatutnya perjalanan sistem yang dilaksanakan oleh manusia itu dikaji dan diperbaiki semula, bukan mempertikaikan ketetapan hukum Syariah yang mutlak digariskan oleh Allah SWT.

Sehubungan dengan itu, Angkatan Bertindak Banteras Islam Liberal (ABABIL) di bawah kelolaan Persatuan Ulama’ Malaysia cawangan Pulau Pinang (PUMPP) menggesa semua pihak memberhentikan sebarang pandangan dan kenyataan media terhadap SIS dan bagi mengelakkan tercetusnya perbalahan dan kekeliruan masyarakat yang bakal merosakkan nilai-nilai Islam dalam diri masyarakat Islam khususnya. ABABIL juga menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat latar belakang serta program-program kelolaan SIS bagi mendapatkan kepastian dakwaan pihak tersebut terhadap SIS. Hasil siasatan ini juga harus dilaporkan kepada umum bagi merungkai kekeliruan masyarakat terhadap tuduhan SIS membawa fahaman Islam Liberal.

Ustaz Rosidi Hussain,

Penolong Setiausaha,

PUMPP.

b/p Yang Di Pertua PUMPP.

`Izzat Anwari bin Hasni,

Koordinator,

ABABIL, PUMPP

Jangan Dilayan Dua Parti Yang Mendokong Aliran Liberal


DAP pandang serius desakan haramkan SIS


DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).

Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

"Sebagai rakan Pakatan Rakyat, PAS sepatutnya berpegang kepada prinsip demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berpersatuan yang kita perjuangkan bersama," kata Setiausaha Organisasi DAP, Teresa Kok yang juga ahli parlimen Seputeh.

Dalam satu kenyataan, Teresa berkata sikap mahu mengharamkan sesuatu adalah sifat Umno dan BN yang patut ditolak kerana ia bertentangan dengan hak asasi manusia serta melanggar hak-hak kebebasan sejagat.

"SIS bebas bersuara dan jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan pendiriannya, maka perlu dibahas secara sopan dan terbuka.

"Jika mana-mana pihak mahu mengharamkan SIS atau organisasi yang berbeza dengannya, ia adalah sifat kuku besi yang tidak harus menjadi budaya kita," katanya

Oleh itu, Teresa berharap PAS dapat berpegang teguh dengan janji dan amanah Pakatan Rakyat untuk memastikan hak dan kebebasan rakyat pelbagai pandangan di negara ini dijamin dan dilindungi.

Semua pihak, tambahnya, menghormati Islam sebagai agama rasmi di negeri ini.

"Pada masa yang sama, Islam sendiri bersifat terbuka dengan menerima perbezaan pendapat yang boleh dibincang, dihujah atau dicari jalan penyelesaian melalui rundingan dan dialog.

"Selama ini, kita semua berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan Umno dan BN.

"Kita tidak harus meniru sikap mereka yang tidak dapat menerima pandangan orang lain dan hanya tahu menggunakan kuasa untuk menutup mulut orang yang berbeza pendapat," tambahnya.


PKR minta PAS timbang semula usul terhadap SIS


PKR menggesa PAS supaya menimbang semula usul yang diluluskan oleh muktamar parti itu semalam mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).

Usul yang dibawa PAS Shah Alam dan diterima tanpa bahas itu, mendesak kerajaan mengharamkan SIS jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut.

Malah, katanya, PKR juga tidak senang dengan usul tersebut yang juga menggesa supaya ahli-ahl PAS menjalani proses pemulihan.

Sehubungan itu, Mustaffa mengingatkan PAS tentang kebebasan bersuara dan berpersatuan yang menjadi amalan negara moden dan demokratik.

Katanya, perbezaan pendapat bukan sahaja dibolehkan tetapi dilindungi kerana ia merupakan asas penting dalam sebuah masyarakat yang adil dan demokratik.

Sebaliknya, kata Mustaffa cara yang betul ialah menyelesaikannya dengan berdebat secara matang dan bertamadun, dan bukannya menggesa pengharaman atau mengukum ahli-ahli persatuan terbabit.

Usul tersebut juga mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut - merangkumi hal-hal politik, organisasi dan kepimpinan, agama, sosial dan hubungan serantau.


sumber Malaysiakini

TIDAK PERLU SIASAT, HARAMKAN SIS.

PAS gesa siasat, haramkan SIS

Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak kerajaan mengharamkan pertubuhan wanita terkenal Sisters In Islam (SIS) jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.

Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir di muktamar ke-55 yang bermula sejak Jumaat lalu di Shah Alam.

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.

Gesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut - merangkumi hal-hal politik, organisasi dan kepimpinan, agama, sosial dan hubungan serantau.

Bersederhana; Hutang Tiada Lagi

Gerun melihat kanyataan media isu ah long yang disiarkan. Sikap kejam golongan ah long ini, jauh bezanya dengan apa yang ditawarkan. “Interest rendah”, “pinjam RM10,000, bayar RM10,200”. Itu bohong semuanya. Sedangkan bank pun, tidak mampu memberikan tawaran sehebat ah long. Inilah realiti segelintir masyarakat kita. Walaupun, pelbagai amaran dikeluarkan pihak berkuasa. Namun, sikap tidak peduli segelintir masyarakat kita memang dikenali umum.

Kekadang saya juga berfikiran sebaliknya. Mungkin perkhidmatan ah long ini sesuai untuk mengajar segelintir mereka yang degil ini. Terutamanya kepada mereka yang berhutang. Tujuannya untuk berjudi, membeli minuman keras, tikam nombor ekor, lumba haram dan lain-lain perkara yang tidak memberikan sebarang faedah dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhaladan menegok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan ia semoga kamu berjaya.”

Al Maidah; 90

Keindahan Islam

Islam mengajar kita bagaimana cara untuk berbelanja secara berhemat sesuai dengan keupayaan kita. Islam melarang ummatnya berjudi, minum minuman keras kerana hal-hal ini jelas tidak berfaedah, sebaliknya banyak mengundang bahana. Larangan-larangan yang Allah wujudkan bukan bertujuan untuk menyusahkan ummatnya. Ingatlah, Allah itu Maha Penyayang. Tiada sesuatu pun yang bersifat lebih penyayang selain Allah. Dia lah yang banyak memberikan nikmat kesenangan untuk ummatNya. Namun, kita jua lah yang mudah lupa dan tidak bersyukur.

Cara terbaik adalah bersederhanalah dalam menjalani kehidupan ini. Rasulullah saw, contoh terbaik untuk diteladani. Walaupun, baginda pemimpin agung, namun baginda tetap bersederhana. Anugerah Allah itu perlulah digunakan sebaik mungkin agar semua itu tidak dipersoalan Allah di Padang Mahsyar kelak. Memang benar kata pepatah, ‘ikut nafsu, binasa’. Untuk seorang Islam, jadikanlah iman sebagai benteng.

Malah, jangan kita lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik. Berkongsilah dan hulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka. Insyallah, jika niat kita mahu membantu. Allah akan memberikan kita rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Ini semua boleh dilaksanakan jika kita ubah cara hidup kita. Cuma jangan jadi seperti segelintir pemimpin kita yang hanya tahu berbicara. Mengajak rakyat ubah cara hidup, tapi dia tidak pernah berubah. Malah, cara hidup yang dipaparkan tidak melambangkan apa yang disarankan.

“… mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

As-Saff; 2-3

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengantin baru di ucapkan kepada sahabat-sahabatku. Sepuluh jari disusun ingin memohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat kerana saya dan isteri ketidak upaya untuk menghadirkan diri ke majlis kalian. Hanya, doa kami semoga Allah merahmati kalian semua dan berbahagia selalu.

Hazizaimi – Mazni (SMK Kota Bharu)

Ayie – Liza (PPM USM)

Azrul – Sahada (PPM USM)

Adawiayah – Suami (PPM USM)


Kepada Cik Rohani, insyallah jika Sakinah tiada kuliah, kami sampai.
Category: 0 comments