FORUM Lancar Kempen Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Mohon Maaf & Letak Jawatan


KENYATAAN RASMI FORUM 9 September 2009

Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].


FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).


Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.


FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.


Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.


FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.


Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.


FORUM selepas insiden di halau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.


Mohd Hafiz Nordin & Md Roslan Hashim

Jurucakap FORUM

NGO-NGO yang menyokong kenyataan mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan YB Jeff Ooi (14 Ogos 2009):

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang
  2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah
  3. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
  4. Badan Anti IFC (BADAI)
  5. Badan Kebajikan Nun (BAKUN)
  6. Badan Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (BAKIP)
  7. Haluan Malaysia Cawangan Pulau Pinang (HALUAN)
  8. Ikatan Muslimin Islam (ISMA Pulau Pinang)
  9. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysia (ISRA’)
  10. Institut Al Qayyim (IQ)
  11. Islamic Progation Society International (IPSI)
  12. Institut Pengembelingan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)
  13. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)
  14. Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIM)
  15. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
  16. Kelab Remaja JIM
  17. Muhammadiyah Internasional
  18. Majlis Muafakat Warga Desa (Rural Citizen)
  19. Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH)
  20. Jaringan Pemuda Dakwah Islamiah (JUNDIYY)
  21. Sekretariat Dakwah Non-Muslim Pulau Pinang (SDPP)
  22. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)
  23. Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SYURA)
  24. Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
  25. Persatuan Anak Jati Pulau Pinang (PAJIM)
  26. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)
  27. Ummah Aid
  28. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  29. Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)
  30. Wanita JIM
  31. Warga Kilang.Com
  32. Young Muslim Sport Club (YMSC)


Petition online : http://www.petitiononline.com/FORUM/petition.html

Untuk pengetahuan semua penyokong Jeff Ooi juga talah melancarkan kempen Menyokong Jeff Ooi melalui petition online dan sedang aktif mendapatkan tandatangan.

0 comments:

Post a Comment