Kasino lonjak pendapatan pelancongan Singapura



SINGAPURA 10 Feb. - Lembangan Pelancongan Singapura menyatakan perbelanjaan pelancong di kota tersebut melonjak tahun lalu dengan pembukaan dua kasino di negara berkenaan.

Lembaga itu dalam kenyataan hari ini berkata, pendapatan sektor pelancongan meningkat 49 peratus kepada AS$14.8 billion atau RM45 bilion dan pada masa yang sama kedatangan pelancong meningkat 20 peratus kepada 11.6 juta orang tahun lalu.

Sumber Agensi; 10/02/2011


MIMPI PEMIMPIN MALAYSIA

Adakah ini yang dimimpikan oleh pemimpin Malaysia? Berita yang melaporkan sektor pelancongan Singapura meningkat 49 peratus kepada AS$14.8 billion atau RM45 bilion.

Cadangan Perdana Menteri untuk menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)

PANDANGAN ILMUAN DALAM ISU INI

1) http://saifulislam.com/8798

2) http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/mengapa-industri-nafsu-ingin-diperluas.html


LAIN-LAIN BERITA

Pelancong belanja jumlah rekod $18b
Jumlah pelawat naik 20 peratus kepada 11.6 juta
OlehNorhaiza Hashim

SEKTOR pelancongan di Singapura menempa sejarah tahun lalu apabila jumlah perbelanjaan para pelawat asing di negara ini mencapai paras tertinggi sebanyak $18.8 bilion, menurut perangkaan awal Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Jumlah itu naik sebanyak 49 peratus berbanding $12.6 bilion pada 2009.

Ia mengatasi ramalan awal STB iaitu antara $17.5 bilion hingga $18.5 bilion sekali gus mencerminkan pertumbuhan bilangan pelawat yang meningkat hasil sentimen ekonomi lebih baik dan tarikan dua resort bersepadu (IR) negara.

Jumlah tertinggi sebelum ini ialah $15.5 bilion pada 2008.

Bilangan pelawat asing pula meningkat 20 peratus kepada 11.6 juta tahun lalu berbanding 2009, sejajar dengan matlamat STB menarik antara 11.5 hinggga 12.5 juta pelancong tahun lalu.

Dengan pencapaian itu, STB yakin dapat mencapai matlamatnya untuk jumlah perbelanjaan pelancong sebanyak $30 bilion dan bilangan pelawat seramai 17 bilion menjelang 2015.

'2010 merupakan tahun yang amat cemerlang bagi sektor pelancongan dengan peningkatan dilihat dalam semua kategori pelancongan. Walaupun pertumbuhan masih dapat dicapai tahun ini, kami tidak menjangkakan kadar yang sama seperti tahun lalu,' kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB, Cik Aw Kah Peng, dalam taklimat akhbar di Hotel Fort Canning semalam.

Dari segi perbelanjaan, jumlah wang yang dibelanjakan pelawat asing bagi daya tarikan dan hiburan di Singapura menjulang 1,834 peratus dengan pembukaan Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands.

Perbelanjaan bagi membeli-belah, kos penginapan dan makanan dan minuman (F&B) naik sebanyak dua angka.

Dengan lebih banyak pilihan daya tarikan di Singapura, para pelawat juga menetap lebih lama dengan bilangan hari naik 17 peratus kepada 45.6 juta hari tahun lalu berbanding 2009.

Singapura telah menganjurkan lebih banyak acara antarabangsa yang baru tahun lalu seperti Asia Fashion Exchange dan World Gourmet Summit.

Jumlah pelawat dari Indonesia mencatatkan peningkatan terbesar - 32 peratus - mencapai 2.3 juta, diikuti dengan pelawat dari China, Malaysia dan Australia.

Pelawat dari Asia dan Australia menyumbang 81 peratus daripada keseluruhan pelawat asing ke negara ini tahun lalu, berbanding 79 peratus pada 2009.

Daripada 15 negara yang menyumbang pelawat asing teramai, hanya tiga adalah dari luar Asia dan Australia iaitu Britain, Amerika Syarikat dan Jerman.

Dengan pelawat asing lebih ramai, harga sewa bilik hotel naik 12.2 peratus untuk mencecah purata $212.

Ditanya apakah yang akan mendorong pertumbuhan bagi bilangan pelawat asing tahun ini, Cik Aw berkata: 'IR belum dibuka sepenuhnya dan banyak lagi tarikan yang akan diperkenalkan tahun ini dan tahun depan. Gardens by the Bay juga akan dibuka.'

Walaupun permintaan bagi sektor pelancongan positif, beliau menggalak industri itu untuk terus meningkatkan mutu khidmat dan produktiviti.


0 comments:

Post a Comment