Bersederhana; Hutang Tiada Lagi

Gerun melihat kanyataan media isu ah long yang disiarkan. Sikap kejam golongan ah long ini, jauh bezanya dengan apa yang ditawarkan. “Interest rendah”, “pinjam RM10,000, bayar RM10,200”. Itu bohong semuanya. Sedangkan bank pun, tidak mampu memberikan tawaran sehebat ah long. Inilah realiti segelintir masyarakat kita. Walaupun, pelbagai amaran dikeluarkan pihak berkuasa. Namun, sikap tidak peduli segelintir masyarakat kita memang dikenali umum.

Kekadang saya juga berfikiran sebaliknya. Mungkin perkhidmatan ah long ini sesuai untuk mengajar segelintir mereka yang degil ini. Terutamanya kepada mereka yang berhutang. Tujuannya untuk berjudi, membeli minuman keras, tikam nombor ekor, lumba haram dan lain-lain perkara yang tidak memberikan sebarang faedah dunia dan akhirat.

“Wahai orang-orang yang beriman, sesunguhnya arak, judi, melakukan korban untuk berhaladan menegok nasib dengan menggunakan anak panah, adalah perbuatan keji daripada amalan syaitan, maka tinggalkan ia semoga kamu berjaya.”

Al Maidah; 90

Keindahan Islam

Islam mengajar kita bagaimana cara untuk berbelanja secara berhemat sesuai dengan keupayaan kita. Islam melarang ummatnya berjudi, minum minuman keras kerana hal-hal ini jelas tidak berfaedah, sebaliknya banyak mengundang bahana. Larangan-larangan yang Allah wujudkan bukan bertujuan untuk menyusahkan ummatnya. Ingatlah, Allah itu Maha Penyayang. Tiada sesuatu pun yang bersifat lebih penyayang selain Allah. Dia lah yang banyak memberikan nikmat kesenangan untuk ummatNya. Namun, kita jua lah yang mudah lupa dan tidak bersyukur.

Cara terbaik adalah bersederhanalah dalam menjalani kehidupan ini. Rasulullah saw, contoh terbaik untuk diteladani. Walaupun, baginda pemimpin agung, namun baginda tetap bersederhana. Anugerah Allah itu perlulah digunakan sebaik mungkin agar semua itu tidak dipersoalan Allah di Padang Mahsyar kelak. Memang benar kata pepatah, ‘ikut nafsu, binasa’. Untuk seorang Islam, jadikanlah iman sebagai benteng.

Malah, jangan kita lupa kepada golongan yang kurang bernasib baik. Berkongsilah dan hulurkan bantuan untuk meringankan beban mereka. Insyallah, jika niat kita mahu membantu. Allah akan memberikan kita rezeki dari sumber yang tidak disangka-sangka. Ini semua boleh dilaksanakan jika kita ubah cara hidup kita. Cuma jangan jadi seperti segelintir pemimpin kita yang hanya tahu berbicara. Mengajak rakyat ubah cara hidup, tapi dia tidak pernah berubah. Malah, cara hidup yang dipaparkan tidak melambangkan apa yang disarankan.

“… mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.”

As-Saff; 2-3

Category: ,

0 comments:

Post a Comment