Tiket Bas Bakal Naik Lagi?



Sudah menjadi kebiasaan kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan bas untuk pulang beraya di kampong. Ketiadaan bas tambahan ketika musim perayaan bakal merumitkan orang ramai untuk pulang beraya di kampong halaman masing-masing. Masalah ini sentiasa menjadi isu apabila tiba sahaja musim perayaan. Perkara ini harus ditangani secara berhemah oleh pihak Kerajaan kerana sebanyak 130 pengusaha bas tidak akan menyediakan bas tambahan (sumber Berita Harian; 22 Julai 2010).

Antara sebab utamanya, syarikat tanggung rugi ekoran kenaikan 5 sen harga diesel. Alasan lapuk yang digunakan, syarikat terpaksa menanggung beban kenaikan kos penyelenggaraan.

Namun, disebalik rungutan ini, orang ramai harus berterima kasih juga dengan usaha yang telah diberikan oleh para pengusaha bas. Terdahulu, para pengusaha bas telah menyediakan bas tambahan buat orang ramai walaupun harganya agak mahal akibat subcaj yang dikenakan. Akhirnnya harga mahal itu terus kekal sehingga ke hari ini.

Cadangan saya antara alternatif yang boleh digunakan orang ramai ialah dengan menggunakan perkhidmatan keretapi. Mulai 1 Ogos 2010, perjalanan keretapi telah ditambah. (Tiba-tiba jadi promoter KTMB).

Pihak universiti harus menyediakan perkhidmatan bas kepada para pelajar. Ini mengurangkan saingan di luar untuk mendapatkan tiket. (Bila lagi pelajar university nak praktik khusus keusahawanan).

Kalau ada alternatif lain, boleh dicadangkan. (Jangan jadi macam pimpinan kita, yang sentiasa meminta rakyat mengubah cara hidup, tapi mereka macam hampeh)

Cuma diharapkan tiada lagi kenaikan harga baru tambang bas berlaku. Golongan bawahan yang sentiasa memilih pengakutan awam sebagai pilihan utama tidak harus terus dibebankan.

Rakyat harus didahulukan..

Berita harian: 23 Julai 2010

'Usah ugut kerajaan untuk naik tambang bas ekspres'

Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) memberi amaran kepada kira-kira 130 pengusaha bas di Semenanjung supaya tidak cuba mengugut kerajaan dengan menjadikan kenaikan lima sen harga diesel sebagai alasan untuk tidak menyediakan bas tambahan sempena Aidilfitri. Pengarahnya, Datin Naimah Ramli berkata, pihaknya melihat cara mereka itu seolah-olah mahu mengugut kerajaan supaya memenuhi permintaan mereka, selain tindakan itu boleh menyebabkan rakyat panik dan susah hati kerana bimbang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.

Mengugut

“Cara mereka itu seolah-olah mengugut dan saya ingin mengingatkan, cara ini tidak wajar dilakukan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai. Sepatutnya mereka datang berjumpa kita terlebih dulu untuk berbincang dan bukannya berjumpa pihak media.

Jangan bimbang

Naimah berkata, orang ramai tidak perlu bimbang dengan pengumuman itu kerana kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu, sebaliknya akan mencari kaedah terbaik menyelesaikan masalah termasuk mengadakan perbincangan dalam tempoh terdekat dengan pengusaha bas lain yang berminat mengadakan bas tambahan tahun ini.

“Kita tidak boleh membuat apa-apa jika mereka mengambil keputusan tidak menyediakan bas tambahan untuk musim perayaan tahun ini kerana khidmat bas tambahan adalah inisiatif dan kerelaan syarikat bas itu sendiri.

“Sekiranya, mereka tidak berminat, mungkin ada pengusaha bas lain yang mahu dan kita akan menyemak kembali senarai syarikat yang pernah membuat permohonan mendapatkan permit bas tambahan tahun lalu.

“Jadi, rakyat tidak perlu bimbang mengenainya, lagi pun Aidilfitri lambat lagi dan kita masih ada masa menyelesaikan perkara ini,” katanya.

Cadangan

Sementara itu, beliau berkata, orang ramai terutama pelajar boleh mencari alternatif sendiri dengan memohon untuk menyewa khas secara berkumpulan bas persiaran, bas sekolah atau bas kilang untuk pulang ke kampung tanpa perlu bergantung kepada bas ekspres.

“Biasanya pelajar akan mengumpul sesiapa saja yang berada di kawasan kejiranan atau di universiti dan selepas itu mencari bas untuk disewa khas bagi perjalanan pergi dan balik kampung sempena Aidilfitri,” katanya.


Berita Harian: 24 julai 2010

PEMBAWA sedia bas tambahan Aidilfitri
Minta LPKP lulus permohonan kenakan tambang tambahan

Yang Dipertua PEMBAWA, Tajuddin Yunus, berkata ahli persatuan terbabit yang mempunyai kira-kira 600 bas sedia menawarkan perkhidmatan bas tambahan pada musim perayaan itu, jika ada permintaan daripada orang ramai.

“Kita akui berlaku kerugian susulan kenaikan diesel. Namun, untuk jangka panjang, kerugian ini bukan hanya ditanggung bas ekspres, malah turut membabitkan pengangkutan lain seperti bas sekolah, bas kilang dan bas persiaran.

5 sen bukan penyebab

“Justeru, kita tidak nampak kenaikan lima sen diesel menjadi penyebab untuk tidak menyediakan bas tambahan (pada musim perayaan).

Masih untung

“Jika diikutkan, pengusaha bas masih lagi untung sekiranya menyediakan bas tambahan kerana kerajaan membenarkan mereka mengutip tambahan RM3 untuk setiap tiket yang dikeluarkan sepanjang musim perayaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Tajuddin berkata pihaknya meminta LPKP menimbang permintaan persatuan supaya membenarkan bas ekspres tambahan mengenakan tambang tambahan sebanyak RM3 sepanjang musim perayaan seperti yang dibenarkan kepada bas tambahan.

Katanya, tambang tambahan RM3 itu bukan satu kenaikan kekal, tetapi hanya dikenakan untuk tempoh musim perayaan bagi mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung.

PENYELESAIANNYA???? TUNGGU

0 comments:

Post a Comment