Cakap Biar Habis

Terkejut semasa mendengar berita di salah satu radio swasta semasa dalam perjalanan pulang selepas menghantar isteri ke sekolah.


“mayat bayi ditemui di sebuah sekolah agama di Kedah”.


Hati beristighfar, apabila apabila mendengar berita sebegini.


“Betulkah berlaku di sekolah agama”. Saya bagaikan tidak percaya.


Tapi, inilah kebenarannya.


Mayat bayi dalam tandas sekolah (3 Ogos 09)

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar
ctfa@bharian.com.my

Wanita 30-an alami pendarahan teruk disiasat

SUNGAI PETANI: Mayat bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dengan keadaan kepalanya terperosok dan tersepit dalam mangkuk tandas di Sekolah Menengah Agama (SMA) Gurun, dekat sini, pagi semalam.

Difahamkan, mayat bayi yang cukup sifat dan lengkap bertali pusat itu ditemui seorang guru wanita kira-kira jam 8 pagi.

Malah, sepasukan anggota bomba juga kelihatan berada di sekolah itu dipercayai untuk membantu memecahkan mangkuk tandas berkenaan bagi mengeluarkan mayat bayi malang itu.

Bayi seberat tiga kilogram itu ditemui dalam keadaan bogel dipercayai dibuang ke dalam mangkuk tandas sejurus dilahirkan.

Difahamkan, seorang wanita berusia 30-an mendapatkan rawatan di Hospital Yan, dekat sini pagi semalam selepas mengadu mengalami pendarahan teruk akibat melahirkan anak.

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak memaklumkan mengenai keadaan anaknya yang baru dilahirkan itu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, polis akan melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) terhadap mayat bayi dan wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian kira-kira jam 10 pagi selepas pengetua sekolah itu membuat laporan di Balai Polis, Gurun, di sini.

Beliau berkata, pihaknya percaya bayi terbabit sudah dua hari berada dalam lubang mangkuk tandas terbabit berdasarkan keadaannya, termasuk darah dan tali pusat kering yang masih melekat pada badannya ketika ditemui.

"Ketika ditemui bayi itu sudah meninggal dunia dan kami percaya bayi berkenaan dilahirkan kurang tiga hari berdasarkan pada tali pusat yang masih melekat dan kesan darah kering di badannya.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, untuk dibedah siasat. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dengan kes itu," katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, Hashim enggan mengulas sama ada wanita terbabit mempunyai kaitan dengan kes berkenaan dan menegaskan pihaknya masih melakukan siasatan.


p/s : harap kesilapan sebegini tidak terus diulangi. Dan saya dapat maklumat, sesungguhnya bukan perbuatan pelajar sekolah berkenaan. Semoga ALLAH melindungi sekolah-sekolah agama di Malaysia dan seluruh dunia. Ameen

Category: ,

0 comments:

Post a Comment