Ini Bukan Akhlak Seorang Muslim


KABUL: Lal Mohammad, 40 (gambar), adalah seorang petani di Afghanistan dan antara berjuta-juta penduduk tidak mempedulikan ancaman Taliban supaya tidak mengundi dalam pilihan raya presiden terbaru, 20 Ogos lalu dan mengugut mencederakan pengundi serta melancarkan beberapa serangan roket dan bom pada hari undian.

Lal kini menyesali tindakannya tidak mengendahkan amaran Taliban. Anggota pergerakan itu menyerbunya ketika dia berjalan ke pusat mengundi serta memotong sebahagian hidung dan telinganya.

Bercakap dengan suara tersekat-sekat ketika ditemui di ibu negara, Lal berkata, sekumpulan militan menahannya dan memeriksanya sebelum memukulnya dengan raifal AK-47 selepas menemui kad pengundi. Selepas itu, mereka mengeluarkan pisau.

“Seorang daripada mereka meletak pisaunya di hidung. Saya memintanya berhenti tetapi sia-sia saja. Saya kesal ambil kad itu untuk mengundi,” kata Lal. Insiden membabitkan militan Taliban memotong jari penduduk yang ada dakwa tanda mengundi diakui berlaku.

Dakwat itu bertujuan menyekat pengundi mengundi beberapa kali tetapi turut membantu penyerang mengenal pasti orang yang mengundi. Seorang jurucakap Taliban menafikan arahan diberi supaya bertindak demikian terhadap pengundi.

Lal menceritakan bagaimana dia pengsan sambil berlumuran darah selama beberapa jam dan hanya sedar selepas seorang lelaki dari kampung menemuinya. - Agensi



p/s : walaupun agak sangsi dengan berita dari sumber-sumber barat, namun sebagai tidak bersetujunya saya dengan tindakan ini, saya masukkan jua. Bagi saya ini bukan Akhlak Muslim. Muslim bukan seorang yang ganas, sehingga mencederakan.

Category:

0 comments:

Post a Comment