KENYATAAN RASMI FORUM "FORUM selar kenyataan Jeff Ooi berkenaan Syariah"


KENYATAAN RASMI FORUM 5 OGOS 2009


FORUM selar kenyataan Jeff Ooi berkenaan Syariah


NGO-NGO Islam di bawah Forum Penyelarasan Umat (FORUM) dan beberapa NGO lain di Pulau Pinang menyelar kenyataan YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang berkenaan kenyataan beliau yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisme. [STAR: 2 Ogos 2009: N12]. Kenyataan ini dikeluarkan berhubung pertelingkahan beliau dengan Hj Mohd Razali, ahli majlis, MPPP yang jua ahli kepada Jamaah Islah Malaysia (JIM).


FORUM merasa kesal dengan sikap sebegini oleh seorang ahli parlimen dan ketua staff, Pejabat Ketua Menteri atas pandangan yang negatif dan berbaur jahat terhadap syariah Islam dengan mengaitkannya dengan ekstrimisma. Pandangan sebegini adalah bertentangan dengan slogan-slogan “mengikuti pemerintahan Saidina Umar Abd Aziz” dan “Amal Ma’aruf, Nahi Mungkar” yang dilaungkan oleh Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.


FORUM juga ingin mengingatkan bahawa kejayaan pemerintahan Saidina Umar Abd Aziz adalah disebabkan beliau mengambil Syariah sebagai dasar pemerintahan beliau dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Amar Ma’aruf iaitu menggalakkan perbuatan yang baik, Nahi Mungkar iaitu mencegah perbuatan jahat adalah prinsip-prinsip Syariah. FORUM merasa kesal apabila beliau sebagai seorang ahli Parlimen di sebuah Negara yang menjadikan Islam sebagai Agama Persekutuan sepertimana termaktub dalam perlembagaan jahil tentang pemahaman asas Islam dan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan berbaur jahat. FORUM menggesa Jeff Ooi menarik balik kenyataan dan cuba memahami Islam dalam maksudnya yang sebenar dan tidak terikut-ikut dengan propaganda kumpulan-kumpulan khususnya dari Negara Barat yang anti Islam yang cenderung mengaitkan Islam dengan ekstremisma dan terorisma.


FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam. FORUM dengan ini menggesa beliau meletak jawatan atau Ketua Menteri Pulau Pinang memecat beliau sebagai Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri di atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.



Gabungan FORUM PENYELARASAN UMMAT

  1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  2. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)
  3. Badan Anti IFC (BADAI)
  4. Badan Kebajikan Pendidikan Islam Pulau Pinang (BAKIP)
  5. Haluan Malaysia Cawangan Pulau Pinang
  6. Ikatan Muslimin islam (ISMA Pulau Pinang)
  7. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysia (ISRA’)
  8. Institut Al Qayyim (IQ)
  9. Islamic Progation Society International (IPSI)
  10. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)
  11. Jemaah Islah Malaysia Pulau Pinang (JIM)
  12. Kelab Rakan Islah Malaysia (KARISMA)
  13. Kelab Remaja JIM
  14. Muhammadiyah Internasional
  15. Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PUMPP)
  16. Rumah Upaya Daya dan Harapan Ar Rahman (RAUDHAH)
  17. Sekretariat Bring Islam Back
  18. Sekretariat Dakwah Non-Muslim Pulau Pinang (SDPP)
  19. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)
  20. Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
  21. Ummah Aid
  22. Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH)
  23. Wanita JIM
  24. Warga Kilang.Com
  25. Young Muslim Sport Club (YMSC)

0 comments:

Post a Comment