Siapa Bodoh?


Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”.
(riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .



Inilah ayat bodoh yang keluar dari mulut seorang yang bergelar YB dan juga Menteri Besar. Dia salahkan peniaga pulak. Kalau Bapak YB dah larang tu, tak perlulah Bapak YB keluarkan kenyataan yang bodoh ni. Kalau Bapak YB nak tahu, sekarang ni, anak-anak muda Islam dah ramai berjinak-jinak dengan air kencing setan ni. Tak perlulah terus mempergunakan istilah hormat-menghormati dengan kaum lain. Peraturan ini untuk orang Islam, bukan untuk non muslim. Jangan duduk bersenang-senang di bilik yang sejuk dan bersofa lembut. Turun padang dan tengok sendiri masalah yang melanda orang Islam kita sekarang.


Saya sekali lagi bersetuju dengan kenyataan Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar dalam hal ini.


Peniaga bodoh jual arak di kawasan majoriti Islam – Khalid (Berita Harian)


SHAH ALAM 12 Ogos - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melabelkan pengusaha premis perniagaan yang menjual arak di kawasan majoriti Islam sebagai bodoh.


Beliau berkata, mereka sepatutnya menjual minuman keras di kawasan yang mempunyai pasaran pembeli.


''Kalau masih jual juga mereka bodohlah. Takkan nak jual nasi lemak di kawasan orang yang makan keju," kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Rang Undang-Undang Perkhidmatan Negeri Selangor (Selesa) 2009 di sini semalam.


Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keputusan kerajaan negeri yang membenarkan penjualan arak di kawasan majoriti Islam dengan meminta premis perniagaan menguatkuasakan konsep kawalan sendiri.


Menjawab soalan sama, Abdul Khalid menjelaskan, beliau tidak bermaksud menggalakkan orang Islam membeli arak tetapi menyerahkan sepenuhnya kepada pemilik premis untuk menguatkuasakan kawalan penjualan sendiri.


Beliau juga meminta kerjasama Pas untuk mencari kawasan majoriti Islam yang masih ada premis arak.


''Jadi tugas rakan-rakan kita dalam Pas ialah pergi cari tempat yang dia fikir tak betul (kawasan majoriti Islam yang ada jual arak) dan kita akan bincang.


''Tapi jangan cari di Jalan Chow Kit," katanya.

0 comments:

Post a Comment