60 minit - Tanpa lampu dan televisyen


Malam ni (27 Mac) berkemungkinan masyarakat dunia akan bersama-sama menutup lampu , bergelap selama 60 minit. Bagi yang perihatin dengan isu alam sekitar, marilah kita bersama-sama menyokongnya sebagai tanda bahawa bumi ini harus dipelihara. Walaupun hanya 60 minit, saya melihat impaknya sangat besar. Saya melihat kempen ini boleh dikatakan berjaya mengajar masyarakat umum untuk cakna dengan isu alam sekitar.

Cuma, buat umat Islam di Malaysia. Kita buat sedikit penambahan. Pada masa yang sama kita tutup televisyen selama 60 minit. Mungkin idea ini seakan sudah dilaksanakan. Tapi, mungkin untuk yang masih tidak melaksanakannya, kita gunakan 60 minit ini untuk duduk berusrah bersama ahli keluarga. Jangan asyik berusrah dengan sahabat-sahabat di dalam gerakan sahaja. Keluarga juga perlu diberikan keutamaan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan siraturahim malah pada ketika ini ketua keluarga(suami) dapat bersama-sama ahli keluarga untuk berbincang kemungkinan terdapat masalah yang dihadapi oleh anak-anak.

Surah At-Tahrim ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah malaikat yang kasar dan keras dan mereka tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”.

p/s : bersama-sama menjaga amanah ALLAH.
Category: ,

0 comments:

Post a Comment