Ulama Pebimbing Ummat



Saya harap berita ini tidak betul. Ya ALLAH, jangan lah ulama saling berbalah dek kerana politik yang semakin kotor di Malaysia ini.


Sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi. Para Nabi tidak mewarisi dinar dan tidak pula dirham, namun (mereka) mewariskan ilmu. Sehingga sesiapa yang telah mengambilnya (ilmu tersebut), berarti telah mengambil bahagian yang sempurna.”
[Hadis riwayat Imam Abu Dawud di dalam Sunannya]

Harussani ejen Umno, bukan mufti: Nik Aziz
KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, kini lebih layak digelar sebagai ejen Umno, bukannya seorang mufti.
Beliau berkata, kemuliaan Harussani sebagai mufti kini sudah hilang, apabila didapati terus terbabit dengan politik dengan berjubahkan seorang mufti.

"Jika mufti (Harussani) sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti juga meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah?

"Dalam kes ini, beliau (Harussani) sudah menjadi ejen Umno dan hilang kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen, apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi akhbar dalam talian pembangkang itu.

Beliau membuat kenyataan itu selepas terkilan apabila Harussani ada menyebut namanya secara terbuka di khalayak, sama ada dalam mesyuarat atau persidangan dewan dan menganggap menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka itu hendaklah dengan kehadiran tuan punya badan.

Kenyataan Nik Aziz itu dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Kelantan, semalam.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, mufti bukannya orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang, namun apabila mengaitkan namanya (Nik Aziz) dalam kenyataan politik, sedangkan seseorang itu bukan tokoh politik, ia adalah satu tingkah laku tidak beretika.

"Sekiranya mufti (Harussani) sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, bererti beliau sudah beranggapan tugasnya sebagai mufti kini juga turut meliputi tugas politik, dan sudah tentu menganggap politik dan agama mesti selari, tidak boleh dipisahkan.

"Jika begitu yang ditafsirkan, bererti beliau (Harussani) mengiktirafkan perjuangan Pas adalah benar, jika tidak mengapa dibabitkan diri dengan politik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

0 comments:

Post a Comment